Hari ini iaitu hari ahad 13 November 2011, saya akan berangkat ke Kuala Lumpur. Saya akan berada disana selama 5 minggu seperti yang diarahkan. Sedih hati nak meninggalkan keluarga. Entah bagaimana keadaan mereka tanpa saya. Kalau boleh memang tak mahu berjauhan.

Begitu juga dengan blog ini. Walaupun saya masih boleh menggunakan masa terluang tetapi masih tidak sama seperti disini. Saya memerlukan banyak masa untuk bereksperimen, banyak peralatan yang perlu digunakan dan juga bahan, barulah boleh dikongsikan bersama pembaca semua. Di KL, jadual saya sangat penuh. Dari 7 pagi hingga 11 malam, 7 hari seminggu termasuk hari sabtu dan ahad. Tak dapat saya bayangkan keadaan disana. Tanpa rehat selama 5 minggu, tidak mengira cuti termasuk cuti umum, semuanya digunakan. Banglapun ada cuti. Saya bekerja 6 hari seminggu disinipun rasa macam nak pengsan. Apa lagi bekerja sepanjang bulan.

Lebih menyedihkan, minggu depan bermulanya cuti sekolah. Musnah semua harapan untuk melancong bersama keluarga. Habis semua cuti saya digunakan untuk ini. Tiada lagi cuti untuk saya. Saya tinggalkan pelajar saya yang akan menduduki peperiksaan terpenting beberapa jam lagi. Memang sedih bila saya tiada diwaktu mereka mungkin sangat memerlukan saya.

Jualan ebook masakan barat, tetap saya teruskan. Saya rasa setakat untuk menyemak email, mungkin lebih dari cukup. Saya tak mahu harapan anda untuk memulakan perniagaan, tertangguh dan menyebabkan semangat yang mulanya berkobar-kobar mula luntur. Saya harap dapat meneruskan update blog ini walaupun mungkin tiada resepi atau gambar-gambar masakan. Mungkin saya akan gunakan untuk berkongsi tip-tip masakan, motivasi dan panduan-panduan yang mungkin diperlukan semua orang. Akhir kata, saya memohon maaf atas semua ini. Harap semua pembaca blog resepi masakan barat komersial dapat memahaminya.