Saya dah agak dah, mesti ramai yang teruja dengan Heavy Duty Mixer The Baker yang baru saya beli berharga RM400 yang saya tunjukkan dalam entri Impian Menjadi Nyata semalam. Ramai kawan-kawan saya yang frust sebab tak dapat beli. Saya pulak yang jadi mangsa. Sorrylah bukan saya sengaja. Saya pun dapat tahu dah last minute. Dapat la beli 3 biji je. Satu untuk saya dan dua lagi untuk kawan saya. Kawan-kawan saya pun dah warning saya. Kalau ada apa-apa offer best lagi, jangan lupa bagitau dia. Serba salah la pulak.


Hakikatnya mixer tu saya beli melalui web yang menawarkan pembelian berkelompok atau lebih mudah dipanggil deal macam Groupon. Saya pun tak berapa pandai nak menjelaskan konsep ini. Jadi saya cuba jelaskan melalui contoh sahaja. Contohnya jika anda beli satu barang berharga RM10. Bagaimana jika anda beli 10 barang. Tentu dapat murah sikit kan? Bagaimana pulak jika anda beli 100 atau 1000? Tentu dapat murah banyak. Disinilah peranan web deal ini. Mereka mengumpulkan pembeli supaya dapat membeli dalam kuantiti banyak sekali gus. Ada banyak web yang menjalankan konsep ini di Malaysia seperti mydeal, milk-a-deal, streetdeal. Ebay pun ada deal.


Konsepnya mudah saja. Syarikat penjual menghubungi Groupon untuk menjual sesuatu barang dengan syarat, jika pembeli secara pukal, 100 atau 200 atau beberapa sahaja, dia sanggup menjual dengan diskaun tertentu. Jadi Groupon akan mencari pembeli sebanyak yang dikehendaki dalam masa tertentu. Jika sasaran tercapai, anda akan dapat membeli dengan harga yang ditawarkan. Jika sasaran tidak tercapai, jualan dibatalkan dan wang anda akan dikembalikan. Itu sahaja. Banyak tawaran menarik daripada barangan hingga ke perkhidmatan, voucher restoran, pakej pelancongan dan sebagainya.

Kawan-kawan saya mengenali saya sebagai seorang yang berhati-hati dalam perbelanjaan. Tengok saja la resepi-resepi saya yang menjimatkan dan ringkas. Mungkin mereka anggap apa yang saya beli tu barulah betul-betul berbaloi dengan wang yang dibelanjakan. Entah betul entah tidak. Mungkin kat belakang saya mereka kata saya kedekut kot. Hehehe. Apa-apapun gambar-gambar kat atas ni adalah antara barangan yang berkenan dihati saya. Murah, berguna dan berbaloi untuk orang dapur macam saya. Jangan kata saya tak bagitau pulak ye....