Saya sering diajukan soalan seperti ini. Kalau saya gantikan bahan ni dengan bahan lain yg macam ni boleh tak? Sebenarnya, dalam masakan apa sahaja boleh digunakan asalkan mendapat kesan yang sama tanpa mengubah rupa, tekstur dan yang penting rasanya. Dalam blog saya, kebanyakkannya menggunakan bahan-bahan yang murah dan menjimatkan. Jadi suka hati anda lah jika nak guna bahan yang mahal. Tak dinafikan bahan yang mahal sepatutnya menghasilkan hidangan yang lebih sedap. Ada juga beberapa perkara yang perlu diambil kira untuk mengekalkan hasil yang sepatutnya kita perolehi.




Masakan yang menggunakan santan contohnya, kita boleh gantikan dengan susu sejat. Tak de santan segar, boleh pakai santan kotak atau serbuk. Tak de susu sejat boleh ganti dengan susu tepung. Tak de susu tepung boleh ganti susu tepung. Yang penting kita tahu konsep berkaitan susu seperti berikut. Susu tepung adalah susu segar yang dikeluarkan seluruh cecairnya. Ini bermakna kita perlu menambahkan 100% air untuk mendapatkan larutan setara dengan susu segar. Secara mudahnya, 4 cmb susu tepung perlu ditambahkan dengan 1 cwn air akan mendapat lebih kurang 1 cawan air susu. Untuk susu sejat pula adalah susu segar yang disejatkan cecairnya sehingga tinggal 40% sahaja kandungan air. Jadi kalau kita nak dapatkan susu yang setara susu segar, kita perlu tambahkan semula air sebanyak 60%. Maksudnya, kalau nak dapatkan 1L susu setara susu segar, kita perlu tambahkan 1 tin susu sejat iaitu 400ml dengan 600ml air. 




Begitu juga bahan lain seperti asam. Cuka, jus limau,lemon, asam gelugur, asam jawa dan sebagainya boleh digunakan asalkan kita tahu tahap keasidan yang kita perlukan dalam setiap masakan. Kalau nak cerita semua sekali memang tak dapat la. Semuanya terpulang kepada anda. Pesan ustaz saya dulu untuk perkara-perkara yang boleh kita fikirkan sendiri, katanya “boleh khayal tu…” Maksudnya, untuk perkara-perkara macam tu, baik kita duduk sekejap, tutup mata dan fikirkan sejenak apa yang patut dilakukan. Tak de yang perlu ditakutkan. Makanan bila dicampurkan dengan makanan, akan menghasilkan makanan juga. 




Kalau cerek buruk macam saya punya ni pulak, memang tak boleh ditukar la. Kena beli baru la jawabnya. Cerek ni dah selesaikan tugasnya terhadap keluarga saya. Walaupun pemanasnya masih berfungsi, dan boleh memasak air seperti biasa tapi bodynya dah mula mereput. Berbaloi sungguh cerek yang saya beli dengan harga RM25 ni. Rasanya dah 10 tahun umurnya. Nak buang pun rasa sayang sebab dah banyak sangat berjasa. Cerek baru ni pulak saya beli online masa offer jadi harganya hanya RM30. Harga asalnya RM80 termasuk shipping.

p/s: Sapa nak cerek saya ni? Elok lagi. Saya bagi free je.