Maklumat ini khusus untuk bekas pelajar-pelajar saya yang terdiri dari Lepasan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM). Saban hari saya diajukan soalan, dimana saya boleh sambung belajar selepas tamat SKM. Ataupun bagaimana cara memohon  ke Institusi Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TEVT) dan Institusi Latihan Kemahiran Awam. Disini saya sediakan maklumat lengkap supaya mereka dapat melanjutkan pelajaran keperingkat yang lebih tinggi. Semoga Panduan Permohonan ke TEVT dan ILKA untuk lepasan SKM ini berguna untuk pengunjung blog yang lain.

Pertama, anda perlu mendapat maklumat terperinci mengenai sesuatu institusi untuk memudahkan anda membuat pilihan sekaligus memudahkan membuat permohonan. Senarai institusi yang boleh dipilih adalah seperti dibawah ini. Sila klik nama institusi dibawah untuk maklumat mengenai institusi, visi, misi, objektif, bidang dan kursus yang ditawarkan dari setiap peringkat seperti sijil, sijil lanjutan, diploma dan diploma lanjutan.
  1. Institut Latihan Jabatan Tenaga Manusia (ILJTM), Jabatan Sumber Manusia
  2. Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN), Kementerian Belia dan Sukan
  3. Institut Kemahiran Mara (IKM) dan Kolej Kemahiran Tinggi Mara (KKTM), Majlis Amanah Rakyat (MARA),Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah.
  4. Pusat Latihan Pengajar dan Kemahiran Lanjutan (CIAST), Jabatan Pembangunan Kemahiran
  5. Kolej Komuniti, Jabatan Pengajian Tinggi
  6. Politeknik, Jabatan Pengajian Tinggi
  7. Majlis Latihan Pertanian Kebangsaan (NATC),Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani

Kedua, anda perlu tahu syarat-syarat am dan khas untuk setiap bidang yang anda pilih supaya permohonan anda tidak ditolak hanya kerana anda tidak menepati syarat-syarat kemasukkan yang dikehendaki. Klik disini untuk download syarat-syarat am dan khas setiap bidang dan setiap institut diatas.

Ketiga, untuk memastikan anda mengisi semua data dengan betul mengikut format yang dikehendaki, saya sarankan agar anda baca dan fahamkan panduan mengisi borang. Klik disini untuk Panduan Mengisi Borang Permohonan TEVT dan ILKA.

Keempat, Dalam borang permohonan, anda akan dapati anda memerlukan No. Unik ID. Saya sudah periksa, ruangan ini tidak mempunyai tanda * ini bermakna anda tidak perlu mengisi ruangan ini. Walaubagaimanapun saya dapati ruangan ini perlu diisi sebelum anda dapat ke borang seterusnya. Jika ini berlaku kepada anda, anda perlu membeli No. Unik ID di mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional seluruh negara.

Kelima, kini anda telah bersedia untuk mengisi borang permohonan yang sebenarnya. Pastikan segala maklumat yang diperlukan berada di hadapan anda supaya mudah anda rujuk. Sila klik disini untuk mengisi borang permohonan ke TEVT dan ILKA untuk lepasan SKM sesi 2011/2012. Pastikan setelah selesai mengisi borang, anda mesti klik butang "Sah & Hantar"

Keenam, anda boleh menyemak borang permohonan anda untuk memastikan semuanya betul dan tepat. Sila klik disini untuk menyemak borang permohonan anda.

Akhir sekali, jika terdapat sebarang perubahan yang ingin anda buat pada borang permohonan anda, seperti ingin menukar program yang dipilih dan lain-lain, anda boleh mengemaskini borang anda. Proses kemaskini hanya dibenarkan 3 kali sahaja sehingga tarikh tutup permohonan. Jadi fikirlah semasak-masaknya dan kurangkan kesilapan sewaktu mengisi borang. Klik disini untuk mengemaskini permohonan anda.

Tarikh tutup 4 APRIL 2011.

p/s anda akan memerlukan kata laluan untuk setiap urusan permohonan. Jadi pastikan anda simpan kata laluan dengan baik.