Dah lama saya post entri mengenai video teknik menganyam ketupat. Ada 3 kesemuanya iaitu video teknik anyaman ketupat bawang, video teknik anyaman ketupat pasar dan video teknik anyaman ketupat jantung. Kini bulan puasa dan hari raya semakin hampir menjelma semula. Saya harap anda semua telahpun mahir menganyam ketupat dan bolehlah diajarkan kepada anak cucu anda pada bulan Ramadhan tahun ini.

Mungkin masih ada lagi yang masih terkial-kial menganyam ketupat. Saya faham. Mempelajari seni dan warisan masyarakat Melayu memang memerlukan ketekunan. Inilah tujuannya saya bercerita lagi mengenai ketupat dalam entri kali ini. Dan saya akan terus mengulang-ulang entri mengenai ketupat supaya semakin ramai anak muda kita mahir menganyam ketupat sekaligus dapat mengekalkan warisan dan tradisi Melayu. Kepada yang sedar akan kepentingan kemahiran menganyam ketupat dalam mengekalkan warisan kita, dan ingin mempelajarinya, boleh rujuk semula video dalam entri dibawah ini.

Video Teknik Anyaman Ketupat Bawang
Video Teknik Anyaman Ketupat Pasar
Video Teknik Anyaman Ketupat Jantung

Bila nak belajar cara membuat ketupat, adalah penting kesungguhan dan keinginan anda dalam mengembangkan warisan kita. Memang benar sekarang ni terdapat ketupat segera yang lebih mudah dimasakkan atau nasi impit yang lebih cepat disediakan tapi bagi saya semua itu tiada keaslian langsung dan tiada apa yang boleh dibanggakan ibarat makan nasi dikedai dibandingkan dengan makan masakan ibu. Walaupun kedai mamak mempunyai berbagai pilihan hidangan tapi masakan ibu tetap lebih nikmat.

Justeru itu, walau dengan apa cara sekalipun, walau anda tak gemar makan ketupat, walau anda boleh beli kelongsong ketupat, walau anda boleh beli ketupat siap dimasak, pelajarilah teknik membuat ketupat kerana ketupat bukan sekadar makanan. kalau anda rasa belajar membuat ketupat melalui video sangat leceh, dan sukar difahami atau belajar daripada keluarga atau teman takkut anda diketawakan, kini terdapat ebook cara membuat ketupat yang lebih sistematik dan mudah dipelajari. Daun ketupat yang berselirat dilabel dengan baik dalam gambar langkah demi langkah agar anda mudah mengenalpasti mana-mana dain yang perlu digerakkan. banyak lagi ciri-ciri istimewa ebook ini yang perlu anda ketahui. Klik disini untuk belajar teknik menganyam 3 jenis ketupat (bawang, pasar dan sate) dengan 1 teknik asas sahaja. Belajar 1 jenis ketupat sahaja terus dapat buat 2 jenis ketupat lagi.