Ekoran dari entri Offer Stand Mixer Murah Kini Dibuka Semula, saya dihujani banyak mesej melalui email, comment box, dan facebook page. Macam-macam yang ditanya hinggakan saya naik pening memikirkannya. Banyak yang tak tahu cara membuat pembelian sedangkan Groupon menyediakan arahan lengkap untuk anda. Apa yang anda perlu buat hanya baca. Sebagai penjual, mereka seboleh-bolehnya cuba memudahkan pelanggannya. Berbagai cara pembayaran yang mereka sediakan. Memang begitulah caranya kalau nak duit duit orang.

Ada pulak pembaca yang ingin membeli melalui saya atau meminta saya membelikan untuk mereka dengan memasukkan wang kedalam akaun saya. Kalau beberapa puluh ringgit tu kira ok lagi la. Tapi kalau dah sampai berbelas-belas orang yang ingin saya belikan barang yang berharga beratus-ratus, saya tak sanggup. Memang besar risikonya yang perlu ditanggung oleh saya seorang. Tambahan pula, saya tak mendapat apa-apa manfaat, jadi saya tak dapat memenuhi permintaan seperti ini. Dah banyak barang yang saya beli dari Groupon daripada voucher, barang yang murah sehinggalah barang yang mahal. Jadi saya amat mempercayai Groupon. Lagipun, Groupon.my adalah syarikat Malaysia. Jika sesuatu berlaku, mudah mengambil tindakan. Groupon negara lain memang saya tak pernah ambil tahu. Tapi bagaimana jika saya belikan barang untuk anda dan kemudian anda mengatakan barang tak sampai- sampai walaupun sebenarnya sudah lama sampai. Apa yang patut saya lakukan nanti? Bagaimana pula jika anda masukkan wang kedalam akaun saya tetapi bukan menggunakan wang anda sendiri seperti yang selalu sindiket Afrika lakukan?

Jadi apa yang boleh saya bantu hanyalah dengan mengajar anda cara melakukan pembelian di Groupon. Dan anda pula perlulah baca dan belajar. Jangan malas. Jangan nak yang senang je. Mahukan sesuatu mesti berusaha. Setiap orang yang mahu membeli melalui saya, tak pernah beritahu mengapa dan apa yang menjadi masalah mereka. Tak tahu membeli secara online, boleh baca panduan dibawah ini.

Cara melakukan pembelian di Groupon
1. Anda perlu turn off dahulu popup blocker jika ada pada browser anda. Contohnya untuk Internet Explorer, Klik Tool > Internet Option > Privacy>Popup Blocker

2. Klik link yang saya beri dalam entri barangan yang saya perkenalkan. Anda akan dibawa ke halaman web jualan.
Jika belum daftar lagi, klik Register dan isikan maklumat yang diperlukan. Tak perlu ajar la yg ini. Selepas login, kembali semula ke halaman jualan tadi. Kalau tak jumpa, ulang step 2 tadi.


3. Klik butang Buy Now. Rupanya macam kat atas ni.


4. Dalam windows kecik Choose your deal yang keluar macam gambar atas ni, klik butang Buy mengikut kuantiti yang anda mahu.


5. Keluar windows lain untuk kaedah pembayaran pula. Cuma ada 2 pilihan je iaitu Paypal atau selain Paypal.


6. Kalau anda pilih selain dari Paypal, anda akan dibawa ke windows Confirm your payment method. Disini lebih spesifik sama ada debit/credit card atau online banking. Jika pilih online banking, tick mana-mana bank yang anda gunakan. Klik butang Continue.

7. Popup halaman bank yang anda pilih akan keluar. Login akaun bank dahulu dan maklumat pembayaran yang akan anda lakukan akan dipaparkan.

8. Teruskan melakukan pembayaran. Kod keselamatan yang dihantar ke telefon bimbit anda tu prosedur biasa bank. Saya tak nak cerita pasal ni. Takkan saya nak ajar cara guna semua online banking.

9. Selesai urusan pembayaran, anda akan menerima email mengandungi voucher dengan voucher code dan security code. Voucher ini juga boleh di semak di akaun groupon anda. Klik My Accout > My Groupon dibahagian atas kanan halaman web Groupon yang dah di login. Gambar kat atas sekali tu, contoh voucher Groupon.

10. Untuk barangan yang perlu penghantaran, anda perlu isikan borang online. Link untuk borang ini diberi dalam voucher groupon anda. Link untuk ke borang ini juga terdapat dalam halaman jualan dalam step kedua tadi. Isikan maklumat dengan betul. Pembekal akan sahkan pembelian anda melalui email nanti. Maklumat ini sangat perlu untuk memberitahu pembekal alamat penghantaran, jenis barang yang dipilih seperti warna dan sebagainya.

11. Jika barangan yang anda ingin ambil sendiri, anda perlu print voucher ini dan bawa ia ke pejabat Groupon detelah dimaklumkan barangan telahpun berada pada mereka. Kalau ada tablet pc, anda buka je voucher ini dan tunjuk je pada mereka. Kena ambil barangan dalam tempoh yang ditetapkan.

12. Jika anda membeli perkhidmatan, anda perlu bawa voucher ini ke syarikat yang menyediakan perkhidmatan untuk anda dapatkan perkhidmatan yang anda beli. Contohnya jika anda membeli voucher mencuci kereta, anda perlu bawa kereta anda dan voucer untuk mendapatkan perkhidmatan itu. Pastikan tempoh penebusan yang diiklankan dalam halaman jualan dan voucher. Kalau kena buat appointment tu, anda telefon je la.

13. Untuk barangan yang dihantar kerumah anda, kini anda hanya perlu tunggu. Sila baca bila tarikh penghantaran akan dilakukan dalam halaman jualan. Pembekal akan email, bila barang dihantar nanti.

Saya harap ini dapat membantu anda. Saya dah penat berfikir dan menaip. Anda hanya perlu baca sahaja. Tak penat pun.