Rasa lengang persekitaran rumah saya. Semuanya dah pulang kekampung sempena cuti persekolahan panjang. Hanya tinggal jiran-jiran india yang menyambut Deepavali di bandar. Saya tak dapat pulang ke kampung kerana SPM masih belum tamat lagi. Risau jugak kalau banjir menghalang laluan. Tak pasal-pasal ramai calon SPM kena kuarantin. Nasib baik cuti Deepavali dan Maal Hijrah sekarang ni serentak dengan berlangsungnya Popular Mega Bookfair iaitu pameran buku terunggul di Johor. Ada la jugak aktiviti nak dibuat. Kepada sahabat saya yang juga ulat buku, mari kunjungi pameran buku yang best ni di ruangan expo Danga City Mall Johor Bahru, 13-25 November 2012. Mesti rambang mata melihat buku-buku yang dijual dengan harga sangat istimewa.

Pada hari pembukaan, pagi-pagi lagi saya dah terpacak depan dewan pameran menunggu pintu dibuka. Hari pertama yang juga hari kad Popular berlangsung pada cuti Deepavali. Memang penuh pengunjung terutama bangsa Cina. India, mungkin sedang berhari raya. Melayu ada la sikit. Mungkin ramai yang masih tidur. Jadi bersesak-sesaklah saya membelek buku-buku yang semuanya best. Harga buku memang terbaik. Diskaun paling tinggi yang pernah saya lihat. Buku Donald Trump kulit tebal yang harganya hampir RM100 kini berharga tak sampai RM10.

Saya dah tentulah menuju ke bahagian buku masakan. Buku disini pun tak kurang hebatnya. Buku melayu memang tak banyak sangat diskaunnya tapi buku inggeris memang berbaloi-baloi. Buku Fresh & Easy hanya RM15 berbanding RM41. Buku Mom’s Best Made Easy yang berharga RM66 kini cuma tinggal RM17. Buku Pasta dan juga buku Salad hanya RM23 sahaja. Harga asal RM59. Kepada peminat Chef Hanieliza, inilah masanya nak beli buku dia pada harga istimewa. Pilih je nak yang mana.

Saya pun tak faham macam mana buku inggeris dan cina boleh dijual dengan harga sangat murah. Kalau buku keluaran 10 tahun lepas, saya tak pelik sangat. Rasanya semua buku masih baru. Mungkin kuantitinya banyak dan diulang cetak berkali-kali. Penjualannya pula hingga ke seluruh dunia. Persembahannya pun sangat kreatif. Dengan kulit tebal, ada yang didalam kotak, ada yang didalam tin. Menggunakan kertas berkualiti dan warna sepenuhnya. Kalau buku melayu, RM10 cuma dapat kulit tebalnya sahaja. Belum termasuk mukasurat yang beratus-ratus helai.

Peminat novel, jangan lepaskan peluang ni. Setakat novel inggeris yang popular tu tak sampai RM10. Kulit tebal lagi. Cakap je nama penulisnya. Bukan tu je. Ada alat tulis, CD, DVD, Muzik, multimedia, rujukan. Ada juga penampilan istimewa penulis-penulis terkenal dari seluruh dunia dan Malaysia. Ada Marianna Pascal, Jesse Krieger. Penulis malayu, lagi ramai. Penulis buku masakan, Chef Hanieliza, Ricky Ng, Dino Goh. Aktiviti menarik seperti colouring contest, creatie T-shirt Makeover, Sesi Kraftangan serta tip memelihara dunia. Banyak hadiah disediakan, mohon members card dapat hadiah, bawak beg recycle dapat hadiah, bawa iklan surat khabar dapat hadiah, ada voucher RM20 untuk setiap pembelian RM80. Ada rebate sehingga 70%, voucher diskaun Legoland dan macam-macam hadiah untuk dimenangi melalui pertandingan. Saya dapat diskaun untuk buku-buku yang saya beli tu pun dah cukup puas hati walaupun terpaksa beratur sekeliling dewan selama 4 jam untuk membayar. Kalau dulu, berangan je nak beli buku omputeh macam ni.