Saya sekarang ni tengah bersantai-santai di Kuala Lumpur. Esok kursus banquet bermula. Jadi, sambil lepak-lepak kat hotel, lebih baik saya menaip sikit sesuatu yang ringan. saya ni jarang sekali cerita pasal iklan yang terapat kat blog saya ni. Bukan tak nak cerita tapi malu nak cakap. Cuma baru sekejap tadi saya membelek akaun Nuffnang dan rasa macam sikit pelik. Tetiba je ada banyak CPUV Campaign yang masih on going. Siap ada yang start dari 2 bulan lepas lagi. Padahal aritu saya cek, tak de sekeping pun.

Dah lama sebenarnya saya tak dapat CPUV Campaign. Nak nangis rasanya. Rasa macam semangat nak menaip tinggal separuh je. Belum pernah lagi lepas raya saya tak dapat CPUV. Dan belum pernah lagi dapat campaign selepuk banyak tu. Macam ada yang tak kena je. Harap-harap memang betul la CPUV tu untuk saya. Alhamdulillah. Jangan pulak hari ni ada banyak, esok hilang semuanya. Memang saya nangis betul-betul! Tapi tetap Alhamdulillah jugak.