Lama dah saya cari Non-contact Laser Infra Red Digital Thermometer dengan harga yang berpatutan. Baru kini berjumpa. memang banyak yang dijual secara online tapi semuanya tak sesuai dengan budget dan kegunaan saya. Boleh la lepas ni saya cek sendiri suhu sewaktu memasak. Kalau nak tempering coklat, memang perlu sangat thermometer ni.


Sebelum ni Non-contact Laser Infra Red Digital Thermometer yang saya jumpa semuanya berharga lebih dari RM100. Kalau ada yang kurang dari RM100 pun cuma sesuai untuk menyukat suhu badan. Boleh sukat suhu dari 30C hingga 60C je. Setakat nak tahu demam ke tidak, pakai tangan pun boleh. Ada jugak yang murah tapi dicampur kos penghantaran, tetap ratus-ratus jugak. Yang syoknya Non-contact Laser Infra Red Digital Thermometer ni dengan penghantaran percuma. Harga RM51.10 yang anda nampak ni, hanya itu saya yang anda perlu keluarkan.


Tapi yang ni memang murah gile.Boleh sukat sampai 380C. Dah macam-macam benda yang saya beli kat conpany ni tapi baru kali ni ada jual Non-contact Laser Infra Red Digital Thermometer yang murah. Setakat ni, produk yang saya beli semuanya memuaskan hati. Tak sabar rasanya tunggu Non-contact Laser Infra Red Digital Thermometer ni sampai. hehehhe. Nak fikir jap, apa benda saya nak tembak dulu...