Banyak sangat saya terima email meminta berbagai-bagai resepi. Maaflah, saya tak dapat melayan permintaan yang banyak begitu. Lagipun saya tak mahu tertakluk kepada mana-mana permintaan. Masalahnya, setiap kali saya saya mendapat email begitu, hati saya merasa tak sedap. Teringin sangat nak membantu. Kesian pun ada tapi tidak semudah itu. Bukan senang sebenarnya nak menulis sesuatu entri berkaitan resepi dalam blog ini. Saya tak nak la sekadar menulis bahan-bahan dan kaedah membuatnya sahaja. Kalau boleh saya nak menulis selengkap mungkin supaya dapat memberi kefahaman kepada semua peringkat. Inilah yang menyebabkan penulisan blog ini menjadi sukar. Saya perlu menulis beberapa kebarangkalian yang mungkin dilakukan oleh individu yang mencuba resepi saya. Untuk ini, saya perlu mencuba sesuatu resepi berkali-kali supaya saya dapat menjangkakan masalah yang mungkin timbul. Bila dah cuba banyak kali, sudah tentu memerlukan belanja yang besar dan masa yang banyak. Maaflah kalau gambar-gambar dalam resepi saya kurang menarik tanpa hiasan kerana saya perlu lebih berjimat dalam hal ini.

Saya telah membuat facebook page untuk Resepi Masakan Barat Komersial untuk memudahkan anda mendapat update blog saya melalui facebook. Borangnya ada dibahagian bawah pada sidebar sebelah kanan. (Rupanya seperti gambar diatas) Sila klik button like. Anda juga boleh berinteraksi dengan saya melaluinya. Page ini direka khas untuk pengguna tegar facebook. Tolong sharekan Page Resepi Masakan Komersial ini bersama kawan-kawan anda di facebook.
 


Untuk menerima update melalui email pula, anda boleh isikan borang feedburner yang terletak dibahagian atas pada sidebar sebelah kanan. (Rupanya seperti gambar diatas) Anda akan menerima artikel saya setiap pagi sekiranya ada update dari blog saya. Tolong jangan reply email update ini. Sekiranya anda ada sebarang komen atau pendapat berhubung entri pada hari itu, anda boleh klik perkataan comment dibahagian bawah entri setiap email untuk terus ke halaman blog. Komenlah sepuas-puasnya. Berikan pendapat anda yang bernas supaya dapat dikongsikan dengan pembaca yang lain. Jika anda komen melalui email, cuma saya sahaja yang membacanya.


Percaya tak kalau saya katakan, ramai yang menyimpan email update yang mengandungi resepi ini? Memang betul tapi sebenarnya anda tak perlu menyimpannya kerana semua resepi itu masih terdapat dalam blog ini. Bila-bila rasa perlu, kunjungilah blog saya. Gunakan kotak carian yang saya sediakan juga di sidebar kanan. Sekiranya anda telah mencuba, anda boleh sertakan gambar masakan anda bersama komen untuk tontonan pembaca yang lain. Bersama-samalah kita melengkapkan maklumat dalam blog ini supaya ia menjadi lebih berguna untuk rujukan kita dimasa akan datang.

Begitulah caranya anda dapat membantu saya secara tidak langsung. Tak perlulah email saya untuk meminta resepi lagi kerana ia membuatkan saya sangat stress. Nak bantu tapi tak mampu. Memang sangat stress.