Anda tak teringin ke mendapat duit yang banyak tak putus dengan hanya bergoyang kaki? Anda nak ke menjadi kaya, mampu membeli apa sahaja tanpa melihat harganya dengan cara bersenang-lenang? Mahukah anda menerima tunjuk ajar dari seseorang yang boleh memimpin anda menuju jalan singkat kearah kejayaan? Pasti anda teruja mendengarnya kan? Anda perlu meneruskan pembacaan dahulu.

Secara umumnya ia bukan mustahil untuk mendapat duit yang banyak tak putus-putus, mampu membeli apa sahaja tanpa melihat harganya, sekiranya anda menjadi tuan kepada diri anda sendiri. Rasanya semua perniagaan menggunakan konsep yang sama untuk menjadikan kerja-kerja menguruskan perniagaan menjadi lebih mudah iaitu dengan membiarkan orang lain melakukan tugas-tugas untuk anda. Tapi ini bukan bermakna anda dapat duit dengan bergoyang kaki atau bersenang-lenang. Lebih banyak yang perlu dilakukan. Tiada kejayaan tanpa usaha. Entri ini saya hanya ingin bercerita sedikit mengenai usaha yang telah anda lakukan dan bukan cara untuk membiarkan orang lain melakukan tugas-tugas untuk anda.


Sejauh mana anda berusaha untuk berjaya? Apakah yang telah anda lakukan untuk memulakan perniagaan? Ramai orang sedar jalan mana yang harus dilalui tetapi ramai juga yang tidak berusaha menuju kearah itu.  Anda tahu, berniaga memerlukan modal tapi anda sedikitpun tidak berusaha mencari walaupun sedikit modal. Anda tahu untuk berniaga memerlukan ilmu tapi anda sedikitpun tidak berusaha untuk memperkasakan ilmu. Duduk diam anda tidak akan kemana-mana. Setiap usaha yang anda lakukan, merapatkan anda selangkah kearah kejayaan. Lebih banyak usaha, lebih banyak langkah anda, lebih cepat anda kearah kejayaan.

Gambar-gambar diatas adalah gambar peralatan untuk menghias kek yang baru saya beli secara online. Saya gunakan wang yang diperolehi dari blog ini melalui program ptp. Walaupun harganya murah, sekurang-kurangnya ada la juga usaha dari saya. Saya sedar, saya kurang mahir dalam menghias kek jadi saya perlu belajar untuk mendapatkan skill yang saya kehendaki. Nak beli peralatan yang mahal-mahal, adalah kurang berbaloi untuk saya. Mungkin bila saya dah sedikit mahir, peralatan yang lebih baik mungkin diperlukan. Daripada tiada lebih baik ada. Sedikit usaha lebih baik dari tidak berusaha langsung.

Jadi sekarang, cuba fikirkan apa yang anda dah lakukan untuk menempa kejayaan dimasa hadapan. Cuba anda ambil sehelai kertas dan pensel, senaraikan apa yang anda perlukan dan apa yang anda akan lakukan yang membolehkan anda berada lebih hampir kepada kejayaan. Itu juga suatu usaha walaupun cuma berfikir. Seseorang memberitahu kepada saya, DUIT itu bermakna Doa, Usaha, Ikhtiar, dan Tawakal.