Detik-detik cemas berulang lagi dalam hidup saya. Ketika ini, anak saya sedang sakit kuat. Badannya sangat panas dan menggeletar. Semalam sewaktu membawa anak saya ke klinik, keadaannya sudah lebih baik. Boleh bercakap dan bermesra dengan doktor yang merawatnya. Malangnya dalam perjalanan pulang ke rumah beberapa meter dari klinik tersebut, tiba-tiba anak saya tak sedarkan diri. Bergegas saya memberhentikan kenderaan walaupun berada ditengah jalan untuk memberikan bantuan kecemasan. Beberapa ketika kemudian, suami  bertekad berpatah balik ke klinik semula. Mujurlah masih sempat. Anak saya mula sedar ketika suami mendukung anak  ke bilik rawatan.

Sekarang ini, badannya masih terlalu panas. Saya harap esok pagi akan beransur pulih. Kepada pembaca blog ini, terutama pembaca setia dan 1100 subscriber blog ini yang menerima mesej saya melalui email, saya harapkan doa dari anda semua. Semoga anak saya cepat sembuh dan dapat terus menyerikan setiap hidangan yang terdapat dalam blog ini. Hanya Allah tempat kami memohon. Amin..