Seringkali kita tertanya-tanya kenapa air coklat yang kita buat sendiri di rumah tak sama dengan yang dijual. Takkan nak masukkan milo sampai satu tin baru nak dapat air coklat yang pekat dan kaya. Guna serbuk koko juga tak dapat rasa yang sama macam tu. Kalau kat hotel pulak rasanya lebih sedap dari yang dijual dikedai atau dalam kotak. Ada sikit rasa yang lain dari yang lain. Sebelum tu, jom kita senyum-senyum dulu..


Bayangkan Jika 5 Karakter X-Men Ini Adalah Dari Malaysia‚Ķ. 


Dalam memilih bahan yang sesuai untuk air coklat, perkara yang penting adalah susu yang digunakan kemudian barulah bagaimana rasa coklat itu akan digandingkan. Resepi dibawah ni sangat berguna dan kemudian anda akan menentukan bagaimana sedapnya minuman coklat anda sama ada panas atau sejuk dengan memilih jenama yang sesuai dengan citarasa dan budget anda.


Bahan-bahan Minuman Coklat Berkrim Hotel

400g Susu Sejat

600ml Air Panas

200g Fresh Cream (Dairy)

75g Gula Pasir

40g Serbuk Koko

30g Dark Chocolate



Cara Membuat Minuman Coklat Berkrim Hotel

  1. Panaskan susu sejat dan fresh cream hingga hampir mendidih.
  2. Dark chocolate dipotong kecil-kecil dan masukkan kedalam campuran susu dan fresh cream yang hampir mendidih tadi. Kacau hingga semua coklat larut.
  3. Sementara itu, masukkan air panas, serbuk koko dan gula kedalam blender dan kisarkan sehingga larut semua koko dan gula.
  4. Akhir sekali campurkan semua bahan. Jika inginkan minuman coklat yang panas, bolehlah dimasak semula hingga mendidih. Jika inginkan minuman coklat sejuk, biarkan ia sejuk sedikit barulah dimasukkan ais kedalamnya.



Tip Masakan Komersial

  1. Bahan utama membuat minunan coklat ini adalah susu dan coklat. Kemudian krim digunakan untuk memberikan rasa lebih lemak. Coklat gelap pula digunakan untuk memberi rasa coklat. Oleh itu pilihlah coklat yang anda rasakan paling sedap.
  2. Susu yang terbaik adalah susu segar kerana hanya hanya susu segar mempunyai rasa susu yang sebenar. Bagaimanapun anda boleh menggunakan susu UHT yang lebih murah. Saya guna susu cair kerana ia paling murah. Susu cair dan air dalam sesepi diatas boleh digantikan dengan susu segar atau UHT sebanyak 1 liter. Jika anda menggunakan susu tepung, baca sukatan pengeluar untuk menghasilkan 1 liter susu.
  3. Fresh cream atau whipping cream menjadikan minuman coklat ini lebih sedap dan pekat. Sebaiknya menggunakan cream berasaskan tenusu (dairy) kerana ia dibuat dari susu dan tentulah mempunyai rasa susu. Cream non-dairy tidak dibuat berasaskan susu dan mempunyai rasa vanilla. Bagaimanapun jika anda menggunakan mana-mana cream ini sekalipun, air coklat anda tetaplah lebih sedap dari yang dijual dikedai.
  4. Coklat yang baik untuk anda gunakan dalam resepi ini adalah coklat gelap kerana jika anda menggunakan coklat susu, berkemungkinan besar air coklat anda akan menjadi terlalu pekat. Jika anda berhajat untuk mengisar air ini bersama ais, ia lebih sesuai. Anda juga boleh menggunakan air coklat seperti ini untuk membuat aiskrim. Masukkan sahaja dalam plastik aiskrim dan bekukan. Sungguh segar rasanya.
  5. Dan terakhir sekali, untuk menjadikan ia lebih unik, cubalah tambahkan beberapa titis perasa dalam minuman coklat anda. Perasa seperti vanilla dan lain-lain seumpamanya boleh menjadi rahsia perniagaan anda. Namun ada kemungkinan perasa yang anda gunakan hanya sesuai untuk coklat sejuk sahaja dan mungkin juga untuk coklat panas sahaja. Anda yang tentukan sebab tekak kita tak sama brand. Hehhehe

p/s Berhati-hati ketika mengisar sesuatu yang panas. Kemungkinan isinya akan menyembur keluar. Tutu dengan kain bersih dan pegang kuat-kuat penutupnya. Jangan kisar cecair panas terlalu banyak.