Rasanya mi bandung muar memang dah terkenal di seluruh Malaysia dan tak perlu diperkenalkan lagi. Merata-rata gerai dan restoran yang menjual hidangan ini. Walaubagaimanapun kebanyakkan gerai dan restoran ini hanya meniru-niru sahaja. Jarang jumpa yang betul-betul mempunyai rasa mi bandung muar. Kalau kita benar-benar merasai mi bandung muar, kita akan dapati rasanya lebih kepada rasa udang kering. Inilah yang cuba ditiru oleh gerai-gerai dan restoran. Tumiskan bawang, bawang putih, lada boh dan udang kering, terus dinamakan mi bandung muar. Ini tidak betul. Mi bandung Muar bukanlah semudah itu.

Kadang-kadang saya rasa frust jugak dengan pengusaha-pengusaha restoran dan gerai yang sambil lewa dalam menyediakan masakan. Ayam gorang dicurahkan kuah pun dinamakan chicken chop. Sungguh tak bertanggung jawab. Kadang-kadang saya rasa kesian pulak dengan peniru ni. Mungkin masa mereka menikmati mi bandung Muar, mereka telah ke tempat yang salah sehinggakan mi bandung Muar yang mereka hasilkan pun tidak bertepatan. Mungkin jugak pada masa itu, pengusaha gerai tersebut kekurangan bahan untuk membuat mi bandung Muar tetapi mereka tetap menghidangkannya kerana menyangka pelanggan tidak perasan kekurangannya.

Mi bandung Muar telah lama dikeluarkan dalam bentuk perencah segera. Pelbagai jenama terdapat di pasaran. Walaubagaimanapun Perencah Mi Bandung Muar Maharani adalah yang terbaik yang pernah saya rasa dan sesuai dengan selera saya yang gemarkan pedas. Sejak beberapa tahun dulu, rakan sekerja saya sering mengirim perencah mi bandung Muar Maharani ini setiap kali saya pulang ke kampung. Bilangannya semakin bertambah dalam setiap pesanan. Masing-masing menyediakan sebagai stok sekiranya ada tetamu bertandang secara tiba-tiba.

Alang-alang menyeluk pekasam, biarlah sampai ke pangkal lengan. Terlanjur saya membeli perencah mi bandung Muar Maharani ini untuk rakan sekerja, lebih baik saya belikan untuk anda semua. Jika anda berminat untuk merasai keenakan Mi Bandung Muar, saya mencadangkan Perencah Mi Bandung Muar Maharani. Sukar mendapatkannya dipasaran? Email saya coodeang@hotmail.com dengan tajuk MI BANDUNG. Saya akan dapatkan untuk anda. Maklumat produk adalah seperti dibawah:

Nama : Perencah Mi Bandung Maharani
Berat : -+400g
Saiz hidangan : Untuk 1 kg mi atau 10 orang
Harga Pasaran : RM9.00
Harga saya : RM8.00 (tidak termasuk belanja pos. Sekitar Johor Bahru boleh datang ambil atau saya hantar jika perlu)