Raya tahun ni ada rasa terkilan sikit. Pertama, kerana tak sempat nak buat ketupat palas dan kedua, kerana langsung tak dapat merasa periuk kera. Kedua-dua makanan berasaskan pulut ni memang saya suka. Walaupun dapat makan ketupat palas, lemang dan lepat pulut dengan puas tapi tetap rasa terkilan jugak sebab tak dapat memahirkan diri dengan ketupat palas. Kat sini memang susah sikit nak dapat daun palas. Hampir nak raya je baru ada dijual. Periuk kera pulak langsung tak jumpa. Kalau dulu banyak pokok periuk kera dikampung. Sekarang dan pupus. Selalu juga jiran dikampung beri kelongsong periuk kera sewaktu kawasan rumah anaknya di Keluang dipenuhi pokok ini. Kini anaknya pun dah pencen dan pindah ke tempat lain. Orang asli di Ulu Juaseh pun dah tak jual lagi. Kali terakhir kelongsong periuk kera ni dia jual dengan harga 20 sen satu. Kini dah tak ada sumber lagi untuk mendapatkan periuk kera. Tutup mata, bayangkan je la rupa dan rasanya yang unik. Nak makan, ntah bila la baru dapat.


Mujurlah ada banyak juadah berasaskan pulut yang dapat saya makan dengan puasnya terutamanya lemang. Kat kampung harga lemang separuh dari harga dibandar. Memang puas hati. Ketupat palas pun ramai yang bermurah hati nak bagi. Saya pun ada membuat lepat pulut. Nanti bila ada masa, saya update dalam blog cara nak buat lepat pulut ni. Siap dengan video teknik membungkus. Sekarang ni tak de mood nak edit video.


Selain itu, saya berpeluang menikmati mi bandung kedah. Saya baru je tau pasal hidangan ni. Saya pun tak sangka kat kedah ada mi bandung. Hidangan mi bandung kedah ni lebih kurang sama dengan mi rebus je. Kalau adjust sikit mesti jadi macam mi rebus hj wahid yang popular kat johor ni. Waktu raya, aksesori mi bandung kedah ni memang kena berlebih-lebih la sikit. Takkan nak letak tauge ngan bawang goreng ni. Tengok la sendiri ada macam-macam yang sesuai untuk ditabur. Cuma kekurangan warna hijau dan merah je. Resepi memang saya tak letak. Sebelum raya dah puas masak. Sekarang masa untuk makan. hehehhe. Anak saya tu, segala jenis mi semua dia suka.

p/s: Siapa tau mana nak dapat anak pokok palas? Kalau ada info tolong roger saya ye.