Macam tak percaya, pada cuti sekolah yang panjang ini, saya tak ke mana-mana selain dari pulang ke kampung. Biasanya saya akan berkunjung ke tempat-tempat menarik atau sekurang-kurangnya mandi-manda di laut berdekatan. Tapi tak mengapa, sekarang saya perlu berjimat-cermat kerana kita tak tahu apa yang akan berlaku kemudian hari.

Bila tak dapat berjalan jauh, biasanya saya akan pergi ke tempat yang saya rasakan happening dan mempunyai tarikan. Menjelang Merry Christmas ni sudah tentu pusat membeli belah menjadi tumpuan. Saya pasti meluangkan sedikit masa untuk melihat segala tarikan yang mereka adakan untuk menarik pengunjung. Selain itu saya gemar memerhatikan gelagat orang-ramai. Setiap seorang dari mereka mempunyai agendanya tersendiri. Bila dah ramai orang, pasti berbagai ragam yang kita jumpa.

Gambar-gambar dalam entri ini saya ambil sewaktu berkunjung ke JB City Square dan Carefour Sutera Mall. Saya kagum dengan kesungguhan mereka menarik pengunjung. Jangan ingat cuma yang baik-baik sahaja dapat menarik pengunjung, yang buruk-buruk dan bodoh-bodoh pun boleh menarik pengunjung juga. Dalam perniagaan, mereka akan melakukan apa sahaja asalkan ramai orang datang. Ramai orang datang bermakna, potensi untuk menjadi pelanggan mereka lebih tinggi. Macam saya, walaupun saya memang tak berniat membeli apa-apa, dan memang saya tak mahu beli apa-apa pun tetapi saya terbeli juga roti untuk anak saya. Walaupun tak dapat banyak dari saya tetapi mereka masih lagi berjaya menjadikan saya pelanggan mereka.

Bila Christmas sudah pasti kita akan jumpa ramai Santa Clause. Gambar diatas adalah Santa Clause yang terbesar pernah saya jumpa. Walaupun cuma tangan dan kepala sahaja yang bergerak, namun ia tetap menjadi tarikan pengunjung ke Sutera Mall. Dikesempatan ini, saya mengucapkan Merry Christmas dan Happy New Year kepada seluruh pengunjung blog Resepi Masakan Barat Komersial yang menyambutnya.