Amboi... lamanya tak bersiaran. Macam la ada pengunjung yang ternanti-nanti resepi baru. Macam biasa, saya sentiasa sibuk hingga tak cukup nafas. Tanggungjawab utama, mengajar, mendidik, memang saya tak anggap sibuk la. Mana boleh mengabaikan pelajar saya. Boleh kena sambar petir kalau buat macam tu. Yang menjadikan saya sibuk adalah tugas-tugas lain yang mesti dibuat. Kalau tempahan kek tu, memang saya boleh tolak sebab ia terletak dihujung sekali senarai tugasan yang perlu dibuat. Kalau sempat, saya buat. Kalau tak sempat, saya minta maaf sahaja sebab menerima tempahan kek dan makanan bukan keutamaan saya. Harap tak ada yang ambil hati.


Kursus di KL ditangguhkan. Lega la sikit tapi terkilan juga sebab dah tak sabar nak belajar cara membuat roti. Walaupun saya dah ada kemahiran membuat roti secara komersial, dan pernah menjual roti, tapi kalau ada peluang belajar lagi apa salahnya. Sedikit sebanyak, mesti ada juga ilmu baru yang diperolehi. Semua persediaan untuk meninggalkan keluarga dah disiapkan. Ingat senang ke nak tinggalkan keluarga selama seminggu. Tapi tak apa. Akan datang pasti dipanggil semula untuk kursus membuat roti ni.


Gambar-gambar dalam entri ini adalah kek tiramisu, blueberry cheese cake dan cupcake coklat. Semuanya perlu diserahkan pada hari sabtu yang lalu. Teruk juga nak buat tiga ke yang berbeza dalam satu hari. Kalau kek yang sama tak susah sangat. Kek tiramisu ini dibuat dalam bekas plastik kerana ia lebih kepada tiramisu desert. Banyak pula tempahan kek tiramisu ni sejak saya buat 75 biji kek tiramisu bulan lepas. Saya tak sempat lagi paparkan kek tiramisu yg banyak ni.
Kek-kek yang menggunakan fresh cream seperti kek tiramisu, cheese cake atau kek-kek lain yang diminta untuk menggunakan fresh cream memang saya tak akan hias berwarna-warni. Fresh cream tidak boleh diwarnakan kerana warna akan kembang dan bercampur setelah disimpan lebih dari 2 jam. Kalau diletakkan fondant berwarnapun terpaksa dialaskan dengan fondant putih supaya warna ini tidak bersentuhan dengan fresh cream. Jadi kalau anda dapati kek-kek yang saya hias ini ringkas sahaja, itu bukan bermakna saya sengaja. Saya terpaksa. Bagaimanapun ada juga kerana budget yang kecil menyebabkan saya perlu menghadkan hiasan.


Di atas ni baru gambar kek tiramisu yang biasa. Menggunakan bahan yang sama dalam kuantiti yang sama tapi teknik berlainan. Untuk kek tiramisu desert, creamnya lebih cair tetapi kek tiramisu biasa, creamnya lebih gebu. Macam mana boleh satu cair dan satu gebu sedangkan bahannya sama ye? Lain kali baru cerita.


Yang ini pula adalah kek tiramisu yang kat atas sekali tu selepas digergaji dengan kejamnya. Bukan gergaji biasa melainkan gergaji rantai gamaknya.

p/s. Saya sebenarnya nak cerita benda lain tapi boleh jadi mengarut pula. Nanti dalam entri seterusnya baru cerita kenapa boleh jadi macam ni.