Kali terakhir saya mengunjungi Jomheboh kira -kira 6 tahun lalu. Pada masa itu jomheboh masih dikenali dengan nama Sureheboh. Kini saya berpeluang mengunjungi Jomheboh sekali lagi walaupun setiap tahun mesti diadakan di tempat saya. Alang-alang terpaksa ke Bandaraya Johor Bahru dan berdepan dengan kesesakan jalan raya yang luar biasa, lebih baik saya terus mengunjungi Jomheboh.

Tiada apa yang berubah Jomheboh kini dengan 6 tahun lepas. Cuma pengunjungnya sahaja yang masih ramai seperti dahulu. Tak hairanlah kerana selagi pengunjung memenuhi seperti itu, selagi itulah Jomheboh akan terus dianjurkan disini dan selagi itulah tiada perubahan yang perlu dilakukan. Hajat dihati memanglah ingin melihat suatu pembaharuan. Tapi nampaknya Jomheboh memang tak sesuai dengan saya. Tiada apa yang menarik hati saya seperti yang digembar-gemburkan. Mungkin juga masa kunjungan tak tepat menyebabkan tiada aktiviti yang dapat saya kunjungi.
Gerai-gerai dan booth juga masih dengan konsep yang sama. Yang berbeza cuma penajanya sahaja. Kebanyakknya menjual makanan. Tiada lagi pameran ilmiah.Tiada lagi yang bermanfaat untuk anak saya pelajari.

Akhirnya saya gunakan wang saya sebanyak RM4 untuk ke Petting Zoo. Masuk ke Petting Zoo lagi la mengecewakan. Didalamnya cuma ada beberapa ekor arnab, hamster dan ikan. Kalau tahu cuma ada itu, diberi percuma pun saya tak akan masuk. Hairan saya. bagaimana la dia orang berniaga. Apa perasaan diaorang menerima wang dari pelanggan untuk perkhidmatan hanya seperti itu. Di kedai haiwan peliharan pun saya boleh pegang dan tengok lebih banyak haiwan. Masuk Zoo Johor Bahru pun baru kena bayar RM1 untuk kanak.kanak. Mungkin sewa tapak Jomheboh memang tinggi tapi bukankah lebih baik menyediakan perkhidmatan sama seperti kedai haiwan peliharan berbanding hanya pameran? Jangan hanya berharap dari keuntungan zoo sahaja sedangkan keuntungan boleh diperolehi dari hasil jualan haiwan peliharan, keperluan haiwan peliharan seperti makanan, tempat tinggal, permainan, perhiasan dan sebagainya. 

Harap anda semua dapat sedikit pengajaran dari cerita saya ini. Pilihlah bidang perniagaan yang baik dan jangan bergantung kepada kaedah yang memperdayakan orang lain. Moga anda dapat memilih bidang perniagaan yang sesuai diceburi