Saya buat kek coklat ini sebab saya rasa ada sesuatu yang saya kurang faham dengan coklat.  Apabila mencairkan coklat, saya dapati coklatnya tidak betul-betul cair. Maksudnya, kalau saya tarik macam mebuat teh tarik, coklatnya tidak mengalir laju sebaliknya jatuh seketul-seketul. Saya menggunakan coklat biasa sahaja untuk hiasan ini, jadi setakat untuk hiasan, saya rasa tak perlulah nak susah payah tempering. Rupanya saya silap.


Akhirnya jadilah hiasan coklat yang tak tentu arah macam ni. Kini baru saya faham, untuk hiasan tak perlulah tempering tetapi suhu coklat mestilah betul. Mula-mula cairkan coklat sehingga semuanya cair dan halus. Kemudian, masukkan dalam piping bag. Biarkan ia suam, lebih kurang suhu badan kita. Barulah gunakan keatas kek. Lepas ini, kalau nak buat kek seperti ini lagi, saya yakin boleh buat lebih elok daripada ini.

Saya rasa hiasan idea lama begini sesuai digunakan ketika sibuk dan tak sempat untuk hiasan yang lebih baik. Asalkan anda tahu trick dan tekniknya, hiasan begini lebih cepat dibuat. Kalau diwaktu malas memang sangat sesuai.