Boring betul masa tangkap gambar cupcake coklat angry bird ni. Berpuluh-puluh keping yang saya ambil, hanya beberapa je yang sedikit elok. Ntah apa la sakitnya kamera saya tu. Baru 2 tahun pakai, dah meragam. Mungkin banyak sangat wap makanan masuk dalam kamera tu kot. Memang kamera tu bekerja keras untuk saya. Setiap hari beratus-ratus keping gambar yang saya tangkap dan kebanyakkanya dari jarak sangat dekat. Sekarang memang tak boleh nak beli kamera yang baru. Setakat ni, kena bersabar je dulu dengan kamera ni. Kadang-kadang OK, kadang-kadang KO.


Cupcake coklat angry bird ni menggunakan resepi kek coklat moist dari ebook Percuma Panduan dan Resepi Masakan Barat Komersial. Puas juga mempromosikan cupcake yang lain namun cupcake coklat juga yang menjadi pilihan. Memang kanak-kanak sangat menggemari coklat. Bila mahir membuat kek coklat moist yang mudah dan murah macam ni, memang saya akan gunakan betul-betul. Dari resepi yang sama menjadi cupcake, kek coklat kukus, russian black and white cake dan macam-macam lagi dengan hanya menukar toppingnya sahaja.


Pada pandangan mata saya, model angry bird untuk cupcake ini macam kecik sangat pulak. Tak sepadan dengan saiz cupcake nya. Sebenarnya ini model angry pertama kali saya buat. Tu yang buruk sikit. Dibandingkan dengan Kek Birthday Coklat Moist Angry Bird yang saya paparkan sebelum ini memang banyak perbezaannya. Mungkin kalau saya berlatih beberapa puluh kali, baru boleh jadi elok.


Jangan ingat untuk mencapai tahap yang dikehendaki, kita boleh memperolehinya dengan mudah. Semuanya kena usaha bersungguh-sungguh. Nak buat model angry bird dari fondant macam ni pun kena latihan. Bukan sekali, bukan dua kali tapi berkali-kali. Tak kira berapa banyak, selagi belum puas hati, teruskan usaha. Dan lagi satu, jangan mudah puas hati.