Beberapa orang sahabat saya bertanya, mengapa saya perlu beli e-book Panduan & Resepi Masakan Barat Komersial sedangkan saya boleh dapatkan buku sebenar dipasaran dengan harga yang lebih murah? Pada mulanya saya hanya memberitahu tiada resepi masakan barat komersial dipasaran buat masa sekarang kerana saya sangka mereka pasti sudah membaca ciri-ciri resepi dan ciri-ciri ebook yang terdapat dalam website ini. Setelah difikir-fikirkan semula barulah saya tahu, mereka sebenarnya tidak tahu apa kelebihan ebook berbanding buku hardcopy. Disini saya terangkan serba sedikit mengapa belajar melalui ebook patut menjadi pilihan anda.

  1. Mudah disimpan. Saya rasa yang ini semua sudah maklum. Simpan dalam bentuk digital lebih mudah. Tidak semestinya anda boleh simpan di CD atau harddisk komputer anda. Anda juga boleh simpan di webserver, webhost yang banyak disediakan secara percuma sekarang ni.
  2. Berbagai-bagai informasi percuma yang dapat anda perolehi sekiranya anda membeli ebook melalui web penulisnya sendiri seperti resepi percuma, tip-tip masakan dan lain-lain yang sentiasa ditambah dari semasa ke semasa. Semuanya akan diberikan secara percuma tanpa perlu membeli lagi.
  3. Ebook mudah dikemaskini jadi anda akan medapat ebook yang terkini setiap kali ebook versi yang baru dikeluarkan. Anda juga bakal memperolehi versi-versi yang akan datang tanpa perlu membeli lagi. Ini tidak mungkin sekiranya anda membeli buku hard copy. Untuk mendapatkan versi yang terkini anda perlu membeli lagi buku hard copy yang baru.
  4. Berinteraksi sendiri dengan penulis ebook. Urusan melalui halaman web penulis itu sendiri akan memudahkan anda membuat sebarang pertanyaan sekiranya anda mempunyai sebarang kemusykilan. Tidak mungkin anda dapat jawapan yang memuaskan sekiranya anda bertanya kepada penjual buku di kedai. Dia apa pun tak tau..
  5. Berkursus masakan sudah pastinya mengeluarkan belanja yang besar. Kos-kos yang terlibat mungkin bayaran kursus sekurang-kurangnya RM250, kos pengangkutan jika tempatnya jauh dan mungkin juga kos penginapan. Bila datang, cuma dapat tengok dari jauh sahaja.

Ada juga yang bertanya mengapa harganya mahal? Buku hard copy tidak sampai RM10 mengandungi sehingga 100 resepi. Terpaksa jugalah saya menerangkan, ebook Panduan & Resepi Masakan Barat Komersial, sesuai dengan namanya adalah resepi yang direka untuk tujuan komersial. Resepi ini khusus untuk usahawan-usahawan yang berminat untuk mengusahakan gerai atau restoran masakan barat. Jika dibandingkan dengan resepi-resepi bukan komersial yang terdapat dipasaran sekarang, resepi-resepi tersebut tidak mempunyai ciri-ciri seperti berikut.

  1. Jimat - cuba fikirkan jika kos untuk membuat sepinggan chicken chop berjumlah RM10, berapa ringgit harga yang kita patut kita jual? Ada ke pelanggan beli chicken chop kita kalau kita jual dengan harga RM18? Panduan & Resepi Masakan Barat membolehkan anda membuat sepinggan chicken chop bersaiz 1/4 ekor ayam lengkap dengan hidangan pengiring seperti kentang dan salad beserta semua sosnya dengan kos hanya RM5. Tentu tiada masalah jika anda menjual hidangan anda pada harga RM10. Semua orang boleh menikmatinya.
  2. Cepat - Memasak untuk berniaga sudah semestinya memerlukan kecepatan. Pelanggan akan lari jika hidangan yang dipesan lambat sampai. Itulah yang tidak terdapat dalam resepi bukan komersial. Biasanya resepi bukan komersial cuma ada sekeping gambar, senarai bahan-bahan dan sedikit penerangan untuk melakukannya. Panduan & Resepi Masakan Barat mengandungi berpuluh-puluh gambar langkah demi langkah, penerangan juga gambar herba-herba yang digunakan, tip-tip memasak, tip-tip perniagaan agar anda dapat menhantar hidangan kepada pelanggan anda beberapa minit sahaja selepas pelanggan membuat pesanan.
  3. Tepat - Mungkin anda boleh menghidangkan ayam goreng yang dicurah kuah kari kemudian anda namakan chicken chop tetapi itukah yang dinamakan masakan barat? Masakan barat haruslah memenuhi ciri-ciri masakan barat sebenar seperti bau, rasa, rupa dan teksturnya. Jika salah satunya tidak ditepati, tak boleh la nak dinamakan masakan barat sebenar.
  4. Selamat - Sudah semestinya anda mahu menjual sesuatu yang selamat dan halal untuk pelanggan anda supaya anda dapat menarik ramai pelanggan dari berbagai lapisan masyarakat. Kebanyakkan resepi masakan barat mengandungi bahan-bahan yang tidak halal dan tidak sesuai untuk gerai dan restoran anda. Anda perlu mengubahsuai resepi tersebut supaya halal dan boleh diterima oleh masyarakat di Malaysia tetapi bagaimana caranya. Semuanya hanya dalam ebook Panduan & Resepi Masakan Barat Komersial.

Memang ramai suri rumah yang berminat untuk mempelajari resepi masakan barat untuk dihidang kepada keluarga masing-masing. Mereka juga boleh menggunakan resepi komersial kerana ia akan menjimatkan kos serta memastikan anda dapat menikmati hidangan lebih banyak dan puas. Biasa la budak-budak, sepinggan tak cukup. Kalau makan di restoran mana mampu nak beli banyak-banyak. Tetapi anda terpaksa la membeli ebook pada harga yang sama dengan pengusaha gerai restoran. Tak boleh la saya nak membezakan harga resepi ini untuk surirumah dan usahawan.

Bagaimanapun saya yakin pelaburan anda sangat berbaloi. Kalau anda jual 5 pinggan black paper steak sahaja dah cukup untuk menampung kos membeli ebook Panduan & Resepi Masakan Barat ini. Fikirkan lah keuntungan yang akan anda perolehi melalui jualan masakan barat untuk hari-hari yang mendatang. Pilihan ditangan anda.