Pertama sekali, saya ingin mengucapkan tahniah kepada ramai pembaca Blog Resepi Masakan Barat Komersial yang berjaya menjadi usahawan pada bulan Ramadhan yang mulia ini. Walaupun mungkin hanya berniaga pada bulan puasa sahaja, ia akan memberikan banyak pengalaman berguna dan tak mustahil suatu hari nanti anda akan menjadi usahawan sepenuh masa. Kebanyakkan maklumbalas yang saya terima, usahawan-usahawan baru ini memilih untuk berniaga kek, biskut dan kuih-muih dan mereka sangat berpuashati dengan resepi-resepi yang saya paparkan dalam blog ini. Diantara resepi yang menjadi pilihan adalah Kek Coklat Moist, Donut Gebu Tradisional, Biskut Famous Amos Norasikin, Kuih Buah Rotan, Biskut Oat Crunchy, Biskut Keju Cheddar, Popia Mini Udang Kering, Karipap Serunding Mini, Kuih Gunting Bersira Pedas, Tart Keju Bluberi dan Popia Nestum Bercoklat.

Anda berniaga di Pasar Ramadhan atau anda nak cadangkan tempat dan makanan yang menarik? Sharekan di #BestParamFood (Klik disini)

Walaupun apapun makanan yang anda pilih sebagai produk jualan anda, pastikan ada keunikkan tersendiri didalamnya. Berniaga makanan juga mengikut peredaran semasa seperti fesyen. Pelanggan mahukan sesuatu yang up-to-date dan yang susah dicari. Bagaimanapun, ciri-ciri utama mesti dikekalkan iaitu rasa sedap, nampak sedap, bau sedap dan hargapun sedap. 



Memang juadah tradisional tak akan dilupakan. Sampai bila pun kuih seperti Dodol Mahkota, Kuih Peneram dan sebagainya akan terus mendapat sambutan. Kuih-kuih ini dah lama popular dan semakin ramai penggemarnya. Begitu juga dengan usahawannya. Semakin hari semakin bertambah. Usahawan lama pula semakin berkembang dengan pengeluaran berlipat kali ganda dan penggunaan mesin-mesin canggih. Sangat sukar bersaing dalam perniagaan seperti ini. Anda mungkin perlu bermula dari bawah sehingga produk jenama anda semakin dikenali. Jika anda berniaga produk yang unik, anda mungkin boleh bermula secara besar-besaran. Tanpa pesaing, pelanggan tiada pilihan selain dari memilih produk anda. Selain itu, produk unik juga membantu menaikkan nama anda dan sebagi tarikkan untuk produk anda yang lain. Jika pelanggan dah datang ketempat anda untuk produk unik ini, sedikit sebanyak tentu mereka nampak produk anda yang lain.



Gambar-gambar diatas adalah gambar Biskut Lemon Ladybird, kuih raya terbaru dan terpopular dari saya yang saya keluarkan khusus untuk Hari Raya Aidil Fitri tahun ini. Saya memang sukakan sesuatu yang unik dan comel walaupun leceh kerjanya. Mungkin biskut seperti ini ada ditempat lain tetapi bukan untuk dijual seperti biskut saya.