Sejak saya membangunkan blog ini, saya telah mengutarakan satu kaedah memasak yang mungkin belum pernah diketengahkan oleh chef-chef yang lain. Satu kaedah yang melangkaui akal fikiran waras yang tak dapat dijelaskan secara saintifik sehinggakan sewaktu menumis bawang dan halia, satu rumah sudah tahu saya akan menyediakan sambal sardin melalui baunya sedangkan tin sardin pun belum dibuka. Allah berkuasa melakukan apa-apa sahaja dengan cara yang tidak kita sangka.

Klik untuk design cupcake 1Malaysia. Pilih yang paling menarik.


Sewaktu saya bercerita mengenai memasak dengan kasih sayang, ramai yang gelak dan menunjukkan ekspressi seolah-olah saya bercakap mengenai sesuatu yang benar-benar mengarut. Walaupun ada yang tak menunjukkan secara terang, namun  saya faham sangat apa yang dia maksudkan. Sekarang ni Dato' Chef Ismail pun berkata hal yang sama. Tak de pulak saya dengar orang gelak-gelak. Bila orang terkenal yang berkata-kata, ramai yang mengiakan je.


Anda pasti mengatakan masakan ibu anda lebih sedap dari masakan ibu saya sedangkan saya sudah tentu memilih masakan ibu saya. Kenapa ia berbeza? Walaupun ibu menggunakan bahan yang terhad dan biasa tetapi kita tetap merasakan masakan ibu paling hebat berbanding orang lain. Inilah kelebihan memasak dengan kasih sayang. Cuma anda sahaja yang merasakan masakan ibu anda sedap dan bukan orang lain. Semuanya bermula dengan niat ibu anda yang memasak khusus untuk keluarganya. Niat yang ikhlas ini mengandungi keberkatan dan mengalir melalui tangan ke peralatan seterusnya ke makanan yang dimasak. Perasaan kasih sayang ini dipenuhi doa agar keluarganya sentiasa dirahmati dan dipelihara oleh Allah. Insya Allah makanan yang dimasak, akan diberkati dan dipenuhi kebaikan kerana Allah berkuasa melakukan apa-apa sahaja. Tak sedap menjadi sedap. Beracun menjadi penawar. Adakah ini mustahil?


Gambar-gambar diatas adalah gambar kek coklat moist angry bird yang sangat mendapat perhatian kanak-kanak sekarang ini. Untuk yang rasa susah sangat nak meratakan krim pada kek, bolehlah gunakan teknik mudah ini. Paipkan sahaja krim untuk mendapat corak tertentu. Sekurang-kurangnya tak perlu la susah payah melicinkan permukaannya. Tulisan itu pula saya gunakan kaedah tekap menggunakan piping jelly untuk mendapatkan panduan lakaran atas kek. Model angry bird tu pulak macam biasa la. Saya gentel sendiri menggunakan fondant yang saya buat sendiri sedikit-demi sedikit. Memang memerlukan kesabaran bermain dengan benda-benda kecil ni.