Saya respek kat kawan-kawan saya yang sanggup membuat apa sahaja asalkan anaknya mendapat pendidikan terbaik. Anak yang cenderung kepada bidang tertentu, dihantar ke sekolah teknik dan vokasional. Anak yang bercita-cita tinggi dihadiahkan kamus dalam bentuk elektronik yang semakin popular sekarang ini berbanding buku kamus tebal dan berat tu. Jadi hari ini saya ingin bercerita mengenai perisian ekamus yang dikeluarkan oleh anak Malaysia untuk warga Malaysia iaitu eKamus 5.02, peneraju dalam bidang perisian kamus elektronik di negara kita.


eKamus 5.02 dikeluarkan oleh Alaf Teras bertujuan untuk memperbaiki dan memudahkan penggunaan kamus agar pembelajaran menjadi lebih cepat, mudah dan menyeronokan. Jika dulu, kita perlu mengangkut kamus yang berat, membelek kamus yang tebal semata-mata untuk mencari makna beberapa perkataan dalam seminit. Kini setelah kamus dibangunkan dalam bentuk e-kamus, kita bukan sahaja dapat mencari makna perkataan malah boleh menterjemah dalam beberapa saat sahaja. Dengan e-kamus 5.02 pula, kita dapat mengetahui makna perkataan dengan hanya mengerakkan mouse sahaja. Banyak lagi fungsi-fungsi lain dalam e-kamus ini. Saya cuba senaraikan secara ringkas seperti dibawah.
  1. Semakan ejaan bahasa Malaysia - Diberikan secara percuma dan berfungsi secara automatic dalam Microsoft Word. Perkataan yang salah akan digariskan dengan garisan merah dan system akan mencadangkan perkataan yang betul dan sesuai digunakan.
  2. Pencarian paling cepat – Perisian ini menggunakan kaedah yang palling cepat dalam pencarian perkataan.
  3. Editor kamus – Anda boleh memasukkan perkataan-perkataan anda sendiri untuk rujukan sendiri dimasa akan datang. Dengan beberapa langkah mudah anda dapat membuat kamus anda sendiri.
  4. Kamus didalam kamus – Kadang-kadang perkataan yang digunakan untuk menerangkan sesuatu perkataan juga kita kurang fahami jadi perisian e-kamus menerangkan lebih terperinci setiap perkataan yang digunakan untuk menerangkan sesuatu perkataan.
  5. Sebutan perkataan – e-kamus boleh menyebut setiap perkataan sebutan dengan betul malah terdapat 2 jenis suara boleh dipilih dan disebut menggunakan sebutan Inggeris British
  6. Kemaskinian percuma – Setiap hari banyak perkataan baru dikeluarkan dan anda boleh mengemaskini e-kamus secara percuma.
  7. Integrasi secara terus dengan Microsoft Word dan boleh digunakan untuk semua system pengoperasian Windows.

Dan yang paling saya suka e-kamus ini mengandungi 19 kamus dalam 1 iaitu
  1. KAMUS INGGERIS-MELAYU(DBP)
  2. MELAYU-ENGLISH(KM)
  3. ENGLISH-MALAY(AT)
  4. MELAYU-ARAB
  5. KAMUS DEWAN
  6. ENGLISH (OXFORD)
  7. ENGLISH (PETER COLLIN)
  8. KAMUS ISTILAH SAINS(DBP)
  9. KAMUS ISTILAH MATEMATIK
  10. KAMUS ISTILAH KEJURUTERAAN
  11. KAMUS ISTILAH KOMPUTER
  12. DICTIONARY OF MEDICINE
  13. DICTIONARY OF COMPUTER
  14. MALAY-ENGLISH(AT)
  15. ENGLISH-MALAY(TIMES)
  16. ENGLISH-INDONESIA
  17. INDONESIA-ENGLISH
  18. MELAYU-CINA
Perisian e-kamus ini boleh didownload secara percuma. Sila klik e-kamus 5.02. Pilih yang original ye.