Setiap hari, kita mendengar iklan makanan melalui media massa. Semua syarikat mewar-warkan produk mereka yang berkhasiat dan penting untuk anda. Tapi adakah makanan mereka itu menyihatkan? Saya tak mahu cerita mengenai pengawet, pewarna dan perasa sama ada asli, tiruan atau sebagainya hari ini. Saya hanya mahu bercerita mengenai apa yang saya faham mengenai makanan berkhasiat dan menyihatkan. Rasanya anda semua tahu apa yang dimaksudkan makanan yang memudaratkan. Tapi ramai yang tak tahu, makanan berkhasiat juga boleh menjadi makanan yang memudaratkan.

Makanan berkhasiat merujuk kepada makanan yang mengandungi banyak nutrien-nutrien penting untuk tubuh manusia. Nutrien ini memberikan tenaga untuk manusia melakukan tugas-tugas seharian. Nutrien yang memberi tenaga diperolehi dari karbohidrat, protin, gula dan lemak. Kemudian, zat-zat yang lain seperti vitamin dan mineral juga penting untuk tumbesaran, imunisasi dan sebagainya. Setiap label makanan yang mempunyai Fakta Nutrisi akan meletakkan jumlah tenaga makanan tersebut dibahagian atas sekali dan diikira dalam unit Joule (J) atau kalori (cal)

Makanan menyihatkan pula bergantung kepada individu itu sendiri. Jika sesuatu individu itu tidak memerlukan tenaga yang banyak setiap hari, maka makanan berkhasiat yang mengandungi banyak tenaga akan menjadi makanan yang memudaratkan mereka. Contohnya, jika anda bukan seorang yang aktif seperti ahli sukan, anda tak memerlukan minuman tenaga atau minuman isotonik. Tenaga yang anda perolehi dari makanan yang anda makan seperti nasi,ayam dan teh tarik mungkin sudah mencukupi. Nutrien berlebihan ini akan terkumpul menjadi lemak dan menyebabkan anda gemuk. Pendek kata, kalau anda nak kurus, makanan berkhasiat bukan untuk anda.

Glukosa adalah bentuk asas gula yang akan ditukar menjadi tenaga. Bentuk gula yang lain seperti sukrosa, fruktosa dan lain-lain lagi perlu ditukar  menjadi glukosa terlebih dahulu sebelum menjadi tenaga. Boleh dikatakan, semua produk makanan yang mempunyai tenaga yang tinggi, pasti mengandungi gula yang tinggi. Anda boleh belek label mana-mana produk yang mereka katakan berkhasiat dan memberi tenaga seperti minuman , bijirin sarapan, biskut dan sebagainya. Satu tin air tongkat ali, boleh mengandungi sehingga 170kcal (170,000cal). Jumlah ini bersamaan dengan 3 porsi nasi putih.

Disinilah kebanyakkan individu yang gagal dalam mengurangkan berat badan. Kenapa dia tetap gemuk walaupun hanya makan roti dan jarang makan nasi. Manakala kawannya yang kuat makan, tetap tak gemuk. Dah kurangkan makanan berlemakpun tak turun juga. Rupa-rupanya setiap 2 keping roti bersamaan 100g mengandungi 169kcal tenaga. Kalau macam ni, lebih baik makan nasi. Terasa kenyang hati senang. Rupa-rupanya nak kurus bukan sekadar mengurangkan makan makanan berlemak semata-mata. Bukan juga dengan hanya mengurangkan makanan berkarbohidrat. Perkara penting yang perlu diketahui adalah jumlah kalori yang anda perlukan sehari. Jika terlalu kurang kalori pula akan menyebabkan anda menjadi terlalu lemah untuk melakukan kerja-kerja seharian. Jadi, perlu juga tahu kadar metabolisma asas iaitu kalori yang diperlukan untuk anda kekal hidup. Jumlah kalori yang anda perlukan dalam sehari juga bergantung kepada tahap aktiviti yang anda lakukan. Lebih aktif, lebih banyak kalori yang anda perlukan. Jika anda dapat hadkan kalori yang anda ambil setiap hari, tubuh akan membakar lemak yang tersimpan untuk menghasilkan tenaga. Barulah boleh kurus.

Ini baru sedikit, dari apa yang saya faham melalui ebook Panduan Kurangkan 5kg Dalam 5 Minggu oleh Kevin Zahri. (Klik gambar) Banyak lagi yang perlu diketahui. Contohnya, berapa banyak kalori yang terdapat dalam setiap 1kg berat badan anda? Bagaimana caranya membakar kalori yang tak diperlukan dan yang tersimpan di badan anda? Apa yang anda harus makan agar dapat mengurangkan berat badan? Macam mana nak kira kalori yang anda ambil dan yang anda keluarkan? Saya akan ceritakan serba sedikit apa yang saya faham dalam blog ini. Kalau anda rasa tak boleh nak tunggu artikel dari saya, anda boleh rujuk terus kepada Kevin Zahri, iaitu seorang penulis kesihatan dan kecergasan, jurulatih persendirian, pakar pemakanan, penceramah, hos tv. Sila klik disini.

p/s Gembiranya tengok berat badan saya turun setiap hari. Walaupun sikit-sikit, yang penting turun!