Baru-baru ini saya membuat entri mengenai kek terakhir saya untuk tahun 2010 dalam entri Salam 2011. Kemudian ada la pulak permintaan dari beberapa rakan yang ingin menatap gambar-gambar majlis pertunangan. Jadi entri kali ini saya paparkan beberapa keping gambar yang diambil oleh jurugambar amatur jemputan kerana saya tak dapat menghadiri majlis tersebut. Kira ok la tu daripada tak ada langsung.

 Gambar gubahan hantaran dari pihak lelaki. Kek saya ada terselit ditengah-tengah tu.
 

Squad rombongan pihak lelaki terdiri dari saudara-mara dan jiran-jiran terdekat.

Rombongan perempuan pula ghairah mengkaji barang-barang yang terdapat dalam rumah pihak perempuan. Masing-masing memasang angan-angan untuk melengkapkan rumah seperti ini.

Sebahagian hantaran dari pihak perempuan. Saya tak dapat nak kaji sebab saya pun tak hadir ke majlis ni.

Cuma dapat membelek gambar sahaja. Saya pun begitu juga. Adik tunang pun tak balik ke? Memang tak patut.

Semuanya menjeling je gubahan hantaran. Harap anda dapat sedikit ilmu dari entri ini. Sekurang-kurangnya dapat la idea gubahan untuk anda gunakan nanti. Jangan hanya tengok yang cantik sahaja. Gubahan begini jika dibuat sendiri, memang besar penjimatannya kerana pengusaha menjual idea, kreativiti dan bukan sekadar barang-barang gubahan. Tak hairanlah jika barang yang telah digubah boleh meningkat sehingga 3 kali ganda dari barang itu sendiri.