Lama tak memaparkan resepi tiba-tiba keluar pula cerita majlis perkahwinan. Siapa pulak la yang kahwin? Dah tak de tempat lain nak buat ke? Siap ada kompang, pelamin, jamuan lagi. Macam betul tapi sebenarnya olok-olok je. Sambil tengok gambar dan video majlis perkahwinan olok-olok ni, mari kita ngumpat sikit. Agak-agak lulus ke tak majlis perkahwinan macam ni. Jadi, mari teruskan membaca.


Bila kompang bergema, berpusu-pusu pelajar meninggalkan kelas mereka untuk menyaksikan majlis yang belum pernah diadakan disini. Tambahan pula, macam kenal je pengantin tu. Dah macam prank pulak. Bang! Bang! Boom! pun bukan. Wakenabeb pun bukan. Maaflah kepada guru-guru yang terganggu pengajarannya kerana pelajar keluar tanpa izin. Terima kasih juga kepada guru-guru yang sporting dan menghadiri majlis ini.



Majlis perkahwinan ini adalah salah satu kerja khusus pelajar Diploma Seni Kulinari tahun 1 untuk Project 1 HSK503. Tahniah kepada 8 orang pelajar dari #TeamRewang yang bertungkus-lumus menyiapkan projek mereka dengan harapan saya memberikan markah cemerlang untuk mereka. hahaha!







Kira ok la pelamin ringkas macam tu. Duduk atas sofa pun boleh. Backdrop pun putih je. Saya tahu, budget memang ciput. Anda dah menunjukkan kesungguhan dalam pembelajaran. Saya respect kat parents yang sanggup bersusah-payah membantu anaknya untuk berjaya, meminjamkan barang keperluan pengantin, mengeluarkan belanja sendiri dan sebagainya untuk kejayaan anak. Untuk pelamin ni saya bagi 2 bintang dan 1 taik bintang.







Dalam majlis perkahwinan, belanja yang paling besar kosnya adalah makanan. Walaupun ramai yang datang berpusu-pusu dengan harapan nak makan nasi minyak, namun sebenarnya majlis ini adalah tertutup. Tengok boleh, makan jangan. Sila dapatkan makanan berbayar di kafe. Menu pengantin kali ini adalah nasi tomato, pun dari kafe jugak.







Untuk gubahan hantaran ni, saya tak nak bagi bintang. Dapat 2 komet je sebab hantaran pinjam yang dah siap. Memang tak aci. Banyak sumber yang boleh diperolehi di kolej. Khidmat jurusolek pun boleh import kawan-kawan dari Kursus Kosmetologi. Barulah macam pengantin. Tengok la tu. Tiara pun tak de...



Tak sangka pulak, telefon lama dan lampu pun boleh dijadikan hiasan pengantin. Retro sangat la tu. 3 bintang! Pulut kuning tu mesti import kafe gak tu. Saya dengar macam ada goodies aritu. Mana? Tolak 1 bintang.



Sebelum tengok video kat bawah ni, kita tengok dulu gambar bebudak ni berangan. Mesti tak tidur malam lepas ni. Dalam hati, tak sabar nak habiskan belajar, boleh kahwin cepat. Cantik vespa.