Semenjak hari raya aidilfitri yang lalu, saya sebenarnya masih belum mendapat rehat yangc cukup. Lepas satu, satu lagi aktiviti yang perlu saya lakukan. Anakpun dah naik bosan duduk dirumah. Setiap hari tanya bila nak bawa ke taman, bila nak bawa berenang. Saya pulak teringin sangat nak mandi laut. Mulai hujung Ramadhan, dah sibuk dengan raya, lepas raya sibuk dengan majlis perkahwinan adik, selepas majlis kini sibuk dengan tempahan kek dan makanan. Selagi ada syawal, selagi itulah tempahan untuk majlis rumah terbuka tetap ada. Tak termasuk lagi kek harijadi. Lepas ni pula mungkin tempahan untuk kenduri kesyukuran dan doa selamat untuk jemaah haji.


Kesimpulannya saya tak ada banyak masa sekarang ni untuk update resepi untuk blog Resepi Masakan Barat ni. Jadi kali ini saya hanya nak paparkan sedikit gambar majlis perkahwinan adik saya yang berlangsung baru-baru ini. Betul... memang saya sibuk. Macam tu punya banyak alasan pun tak percaya lagi ke?


Anda ada angankan sebuah majlis perkahwinan yang menarik? Mungkin untuk anda, adik-adik anda atau kawan-kawan anda. Mari kita kongsikan dalam kotak komen dibawah. Mana la tau ada membawa kebaikkan kepada bakal pengantin dan generasi akan datang.