Kuih mumia. hehehe dengar nama je dah menakutkan tapi sebenarnya ada lagi yang lebih menakutkan selain dari namanya. Kuih ni merupakan gulungan tepung yang berisikan ikan bilis yang dibelah dan digoreng rangup. Sesuai sangat dibuat sebagai kudap-kudapan sewaktu boring menonton tv dirumah.

Entah macam mana tiba-tiba tergerak hari saya untuk menyusahkan diri dengan membuat kuih yang sangat leceh ni. Dah la sibuk dengan kerja seharian, teringin pulak mengunyah sesuatu yang rangup. Memang leka makan kuih ni. Tak sedar boleh habiskan sebalang. Membuat kuih ini sama lecehnya dengan membuat popia mini atau popia simpul. Jenis-jenis popia ini memang banyak dijual terutama menjelang Hari Raya Aidil Fitri. Kuih mumia ni pulak belum pernah saya jumpa dijual di mana-mana. Mungkin cuma dijual secara kecil-kecilan. Mungkin ada nama lain untuk kuih ni. Nama kuih mumia tu saya yang suka-suka hati je bagi. Kalau anda tahu nama lain untuk kuih ni, sila beritahu pada ruangan komen. Saya harap kuih ni akan popular macam popia mini jugak. Kalau pengusaha kuih sanggup buat popia, kenapa pula tak sanggup nak buat kuih mumia?

Entri kali ini bukanlah bertujuan untuk berkongsi resepi. Cuma ingin menguji ilmu berniaga yang anda ada. Seperti yang anda tahu, untuk menggulung ikan bilis seekor demi seekor bukan sahaja leceh malah mengerikan. Sengeri namanya juga. Nak menitik air mata saya untuk menggulung segenggam kuih mumia ni. Lebih lebat air mata menitik bila lihat segenggam kuih mumia ni di ngap sekaligus dan ditelan hilang dalam sekelip mata. Jadi, pada pendapat anda jika anda jual satu kilogram kuih mumia ni, berapakah upah yang setimpal dengan kerja anda? Saya maksudkan hanya semata-mata upah, dan bukannya harga jual, harga kos atau keuntungan. Contohnya jika kuih lain dengan kos RM5 akan dijual pada harga RM10, untuk kuih mumia, tentu anda tak mahu jual dengan harga RM10 juga kan? Berapa agaknya harga yang akan anda tambah? Sila berikan pendapat anda dalam ruangan komen.

Tak suka kuih goreng-goreng? Jom belek biskut coklat barat. Resepi disertakan sekali.