Hari ni saya rasa macam nak membebel pulak. Tetiba je rasa seperti ini apabila memikirkan apa yang saya lihat dan lalui melalui persekitaran. Bukan sahaja untuk perniagaan, Sense of Belonging juga berguna untuk sesiapa sahaja sama ada dalam diri perseorangan juga komuniti. Saya pun tak pandai sangat nak menerangkan maksud Sense of Belonging. Pada saya ia bermaksud menyayangi apa sahaja seperti mana kita menyayangi hak milik kita sendiri. Jika sesuatu itu dah sememangnya milik kita, tentu kita akan lebih menyayanginya lagi.


Mula-mula saya nak beri contoh duit. Semua orang saya duit tapi ada juga yang hanya menyayangi duit besar sahaja. Duit syilling banyak bersepah merata rumah. Tak de yang peduli kerana dalam hati apa je la yang boleh dibeli dengan duit sebanyak tu. Besar atau kecil nilainya, ia tetap duit. Jika disimpan sedikit demi sedikit tetap akan menjadi banyak. Yang peliknya kalau duit kecil masuk kocek kita, boleh pulak nampak. Kalau duit kecik keluar kocek kita, banyak yang tak perasaan.

Semakin berserabut pulak nampaknya. Saya bagi contoh lain pulak. Kali ini mengenai barang-barang dan peralatan dalam rumah pula. Pernah dengar mengenai penganiayaan barang-barang. Secara mudahnya, menggunakan sesuatu peralatan yang bukan dikhususkan untuk tujuan ia dicipta. Contohnya menggunakan pisau untuk memutar skru, menggunakan garfu untuk menggali tanah. Setiap perbuatan ini akan merosakkan peralatan. Apabila tiba masa peralatan itu hendak digunakan untuk tugas sepatutnya, peralatan itu gagal berfungsi. Contoh lagi, anda menggunakan pisau untuk memotong tulang dan akhirnya pisau tu langsung tak berguna lagi. Nak potong bawang pun tak boleh. Memang pisau tu tak semahal mana, pisau Kiwi baru RM2. Tapi tetap nilai ini akan mengalir keluar dari kocek kita untuk membeli pisau yang baru. Inilah yang saya katakan ramai tak perasan. Capai sahaja apa yang ada berhampiran tanpa memikirkan kesannya. Perbuatan begini dinamakan “asal boleh”. Kalau pisau mahal, simpan dalam almari, sayang pulak nak gunakan. Pelik betul la.


Konsep Sense of Belonging sangat penting dalam perniagaan kerana ia mempengaruhi dalam jangka masa panjang. Banyak peribahasa yang kita pernah dengar seperti belakang parang kalau diasah, lama akan tajam. Jika air menitis diatas batu, lama-lama melekuk juga. Sikit-sikit lama jadi bukit. Saya memang tak pandai berperibahasa. Saya suka cakap mudah. Takkan nak beli pisau hari-hari setiap kali nak berniaga. Sehari RM2, dalam masa sebulan dah boleh beli kapak untuk potong tulang.

Ada juga yang kata, aku cuma makan gaji je kat warung ni. Pisau tu bukan aku punya. Beli pisau baru pun bos yang keluar duit. Disinilah konsep Sense of Belonging yang boleh di praktikkan. Jika bos tiap-tiap hari asyik kena beli peralatan kecik remeh-temeh macam tu, bila perniagaan nak maju. Kalau perniagaan tak maju, bila dapat naik gaji. Selalunya kalau perniagaan tak de kemajuan, lebih baik tutup je. Anda juga yang putih mata. Bos tak de hal. Dia ada perniagaan lain atau senang-senang menceburi bidang yang baru. Ingatlah, bos anda takkan tunggu hutang berkepuk kat bank baru nak tutup perniagaan. Kalau setiap hari rugi RM2, dia tak akan tunggu jadi RM2 juta baru nak bungkus!

p/s Ada ke orang yang bungkus hanya kerana RM2 satu hari? Mungkin tak de tapi itu baru satu contoh. Banyak lagi peralatan yang dirosakkan setiap hari.