Pernah tengok duit syilling kenangan Malaysia? Jadi rakyat Malaysia, kalau tak dapat simpan, dapat lihat pun jadilah. Memandangkan sekarang ni kepala saya masih bengong lagi ditambah dengan kerja-kerja tertangguh masa sakit yang lalu, jadi hari ni kita tengok je la duit syilling ni. Syok juga membelek-belek diut syilling RM1, RM5 kenangan ni. Ada juga duit perak RM25. Bukan ramai orang yang ada koleksi macam ni. Dan orang yang pernah pegang mcm saya ni mungkin ramai la.


Jawapan kepada soalan pertama, koleksi duit syilling ni bukan kepunyaan saya. Saya cuma pinjam untuk diambil gambarnya sahaja sebagai kenangan saya dan jangan tanya saya siapa punya.


Jawapan kepada soalan kedua, koleksi duit syilling ni bukan untuk dijual, diniagakan atau dipinjamkan. Tuan punya duit ni un dah bagitau, duit tak boleh diniagakan. Duit yang bernilai RM5, tak boleh ditukar dengan wang lebih dari nilainya iaitu RM5.


Paling banyak,  wang syilling RM5. Dulu duit ni digunakan mcm wang biasa untuk membeli barang keperluan dan sebagainya. Bila sampai kat tangan dia, dia pun terus simpan hingga kehari ini.


Wang syilling RM25 tu sewaktu mula dikeluarkan dulu, memang laris. Sekejap je habis ditukar di bank. Bagaimanapun ada seseorang yang ingin membeli barang menggunakan wang itu. Apa lagi, dia pun setuju je dan terus simpan sebagai kenangan.


Jawapan untuk soalan ke tiga, jangan sekali-kali berfikir untuk menggunakan wang syilling seperti ini untuk tujuan yang tak baik.Wang syilling ni tak ada kuasa apa-apa.


Jawapan untuk soalan keempat. Tolong jangan tanya apa-apa lagi mengenai duit ini. Saya tak ada banyak maklumat pun. Tengok je gambar tu kalau nak tahu tahun berapa, kenangan apa dan sebagainya.