Beberapa entri penimbang digital atau kitchen digital scale sebelum ini mendapat banyak respon daripada surirumah yang berminat untuk memilikinya tetapi berbagai masalah yang dihadapi. Ada yang mengatakan tak pandai melakukan pembelian secara online. Ada yang tak mempunyai kad kredit. Ada yang tak mempunyai kemudahan online banking. Ada yang tak faham syarat-syarat yang diberikan dan ada juga yang tak yakin dengan web jualan online. Saya faham apa yang anda rasakan. Saya juga begitu suatu ketika dahulu. Memang wujud laman-laman web yang tidak jujur.

Disini saya sekali lagi menawarkan Penimbang Digital yang comel ini tetapi kali ini pembelian boleh dilakukan terus melalui saya. Maksudnya, anda perlu bayar terus ke dalam akaun bank saya dan saya akan uruskan yang lain. Tidak perlu memikirkan mengenai kos penghantaran. Tidak perlu memikirkan mengenai kadar tukaran wang asing. Tak perlu menggunakan kad kredit. Semuanya dalam satu harga. Tiada kos lain yang perlu ditanggung.


Spesifikasi produk

  • Kapasiti : 5000g (5kg) / 200oz (12.5lb)
  • Ketepatan : 1g / 0.1oz
  • Unit bacaan : g, lb dan oz (1000g = 2.2lb = 35oz)
  • Mudah dibaca dan sangat sensitif
  • Kuasa : 2 x Bateri AAA 1.5V (TIDAK disertakan)
  • Saiz : 16.3cm x 12.8cm x 3.5 cm
  • Bukan untuk kegunaan komersial

HARGA : 1 unit = RM45.00 | 2 unit = RM85.00 sahaja termasuk penghantaran

Syarat-syarat

  1. Pakej merangkumi 1 x 5kg 5000g/1g Digital Kitchen Scale dan 1 x User manual
  2. Tiada pembungkusan komersial. Hanya plastik bubble sahaja untuk memelihara kandungan sewaktu penghantaran.
  3. Produk akan dihantar terus oleh pembekal di China ke alamat yang anda berikan.
  4. Penghantaran akan mengambil masa sehingga 30 hari untuk sampai ke tempat anda dari tarikh pengeposan menggunakan pos biasa.
  5. Untuk pembelian dalam jumlah kecil, biasanya tidak dikenakan cukai. Produk akan diisytiharkan sebagai hadiah dengan nilai yang lebih rendah dari yang anda bayar. Untuk pembelian dalam kuantiti banyak, anda perlu uruskan sendiri dengan pihak kastam.
  6. Produk mempunyai warranti selama 2 minggu dan saya akan cuba sebaik mungkin sekiranya terdapat kekurangan. Setakat ini, beberapa produk ini yang saya beli untuk kawan-kawan tidak mempunyai apa-apa masalah. Saya punya pun dah lebih setahun saya gunakan secara kerap.
  7. Bagi yang biasa dengan pembelian online, saya harap anda dapat beli sendiri dimana-mana web jualan online. Begitu juga kepada yang boleh membeli penimbang digital ini dikedai-kedai berhampiran. Bagi peluang kepada individu yang betul-betul memerlukan bantuan saya dan tolong jangan mengambil kesempatan ke atas apa yang saya lakukan ini.


Untuk pembelian, sila ikut langkah-langkah dibawah

  1. Hubungi saya dahulu untuk memastikan produk tidak kehabisan. Boleh gunakan kotak komen dibawah ini.
  2. Lakukan pembayaran ke akaun Maybank saya no 151137858574 (Norasikin Binti Basri) jumlah sepenuhnya. Boleh lakukan selalui online transfer, cash deposit machine atau di kaunter Maybank berhampiran.
  3. Emailkan maklumat pembayaran iaitu tarikh, masa, jumlah bayaran dan kuantiti dipesan. Jangan lupa sertakan sekali nama, alamat lengkap dan nombor telefon. Email saya coodeang[at]gmail.com
  4. Maklumkan kepada saya sekiranya barangan telah diterima.