Sebelum cuti sekolah, memang saya tak cukup tangan menyiapkan tempahan kek. Tarikh hari ibu, hari guru yang hampir menyebabkan tempahan kek meningkat sedangkan masa untuk saya membuat kek terlalu sedikit. Tambahan pula tempahan kek harijadi juga banyak pada minggu tersebut. Nak tak nak saya buat juga tetapi saya utamakan kek tanpa hiasan dahulu atau pun kek dengan hiasan yang ringkas. Kemudian apabila menghampiri minggu cuti sekolah, ramai la pula yang ingin menempah kek untuk dibawa pulang ke kampung. Kira ok la. Kalau kek untuk makan-makan sendiri, saya ok je. Kek tanpa hiasan memang saya tak de hal punya kalau nak buat banyak. Resepi-resepi kek saya semuanya mudah ringkas dan cepat disediakan. Kosnya pun murah dan bahan-bahannya memang telah saya sediakan lebih awal. Kalau kek coklat moist tu, 10 minit je dah sedia untuk dimasukkan dalam oven. Begitu juga kek keju bluberi. Memang senang sangat. Kek kukus buah-buahan pun senang juga cuma masa memasaknya je yang lama.


Tapi bukan itu yang memenuhi masa saya. Macam yang saya beritahu sebelum ini, mengambil tempahan kek bukanlah keutamaan saya. Sebelum ini saya pernah ceritakan, saya perlu menyiapkan dokumen untuk meningkatkan tahap kemahiran saya kepada yang lebih tinggi. Belum selesai sepenuhnya, saya perlu pula menyediakan dokumen untuk permohonan meningkatkan gred pula. Dua perkara ini lah yang perlu saya siapkan secepatnya. Terpaksalah saya mengenepikan perkara-perkara lain kecuali perkara-perkara yang berkaitan dengan pelajar saya. Mereka tetap nombor satu.


Bukan mudah menerangkan kemahiran yang kita ada dalam bentuk penulisan. Segala yang saya tahu, kemahiran yang pernah saya perolehi, kekuatan saya, misi dan visi saya semuanya perlu dicatat beserta dengan buktinya sekali. Itulah yang saya rasa susah sangat. Saya ni boleh buat tapi tak boleh nak tulis apa yang saya buat. Kalaulah penilai dapat tengok apa yang saya boleh buat, senang la kerja saya. Kalau nak tulis segala-galanya saya rasa macam buat karangan untuk membangga diri. Masuk bakul angkat sendiri. Boleh ke saya tulis mcm ni? “Saya ni hebat serba-serbi dalam memasak dan mengajar. Kalau sesiapa berguru dengan saya, confirm boleh bukak bisnes restoran. Setakat buat masak masakan barat, melayu, timur, india, cina atau buat kek tu, kacang je.” hehehhe. Kalau saya bukan pengajar masakan, boleh la saya kelentong dengan perkataan-perkataan canggih macam pembelajaran kondusif la, kontekstual la, masteri, inkuiri, kolaboratif dan macam-macam lagi yang saya pun tak tahu apa ertinya. Yang penting, ayat mesti gempak. Alahai, tak pandai la nak cong lebih-lebih.


Gambar-gambar kat atas tu, gambar anak saya buat mi telur. Klik disini untuk resepi mi telur dan berhenti beli mi segera.  Dia yang nak makan, kena la buat sendiri. Ibu sibuk! Mintak tolong ayah.
p/s: Kengkawan blogger, mintak maaf banyak-banyak, tak dapat nak berkunjung selalu. Nanti dah lega sikit baru saya serbu semula. Wokeh?