Ingat lagi kisah ebook masakan barat saya yang diedarkan sewenang-wenangnya? Kalau tak ingat boleh baca dulu entri mengenainya. Baca juga pendapat-pendapat dari sahabat-sahabat saya mengenai kes ini yang setia menyokong saya untuk terus menulis lagi walaupun saya rasa terlalu berat cabaran yang harus ditempuh. Alhamdulillah. Kes ini dapat diselesaikan dengan baik tanpa menyakitkan sesiapa atau hati sesiapa. Dibawah ini saya ceritakan kisahnya dengan lebih lanjut.

Setelah menilai pendapat dari sahabat-sahabat, saya mengambil keputusan menghantar email kepada dia untuk menerangkan apa yang telah dilakukannya. Saya sertakan segala maklumat yang perlu seperti link, maklumat rahsia yang dibocorkan dan sebagainya. Lama juga saya menunggu balasan email. Saya sabar je sambil memikirkan tindakan yang seterusnya jika dia mengabaikan email saya tu. Akhirnya dia balas juga email saya. Pada awalnya dia  dia memang tak mengaku perbuatannya. Saya biarkan sahaja. Saya dah sertakan maklumat yang saya ada. Mungkin dia belum merujuk maklumat yang saya berikan dan menafikannya tanpa berfikir panjang.

Beberapa minit kemudian, dia menghantar email lagi. Kali ini baru dia sedar, apa yang saya katakan itu semuanya benar. Dalam hati saya, baguslah jika dia dah tahu perbuatannya itu salah. Kemudian, dia menghantar email lagi. Kali ini dia memohon agar saya tidak mengambil tindakan terhadapnya. Saya rasa mungkin dia baru tahu, saya boleh mengambil tindakan undang-undang keatasnya. Memang saya boleh menuntut gantirugi daripadanya. Dengan bukti yang ada, senang-senang je saya boleh menang.

Saya menulis ebook Panduan dan Resepi Masakan Barat Komersial bukanlah semata-mata untuk mencari keuntungan. Malah keuntungan bukanlah keutamaan saya. Saya seorang pendidik, jiwa saya jiwa pendidik. Segala yang saya lakukan hanya bertujuan untuk mendidik. Tak salah saya menghabiskan masa dan tenaga saya untuk menghasilkan sesuatu yang boleh mendidik rakyat Malaysia umumnya untuk menjadi seorang usahawan dalam bidang masakan. Memang banyak masa, tenaga dan belanja yang saya keluarkan untuk ini. Namun begitu  hati saya puas bila hasil kerja saya digunakan sebaik-baiknya. Akhirnya saya mengambil keputusan untuk memaafkan dia. Saya tahu dia tak sengaja. Semua orang melakukan kesilapan termasuklah saya. Cuma saya harap perkara seperti ini tidak berlaku lagi.

Sahabat-sahabat semua, betulkah tindakan saya ini?