Tahun ni Nuffnang cuma bagi runcit-runcit je. Kalau nasi lemak, sekadar nasi lemak kosong je tanpa lauk. Kalau donut pulak, cuma dapat donut gula tanpa coklat atau icing kaler-kaler dengan kacang. Ntah apa la sebabnya. Selalunya ada la jugak makan kat fast food dua bulan sekali. Jadi inilah ilmu yang saya dapat untuk dikongsi dengan anda semua. Langit tak selalu cerah. Tapi tak bermakna tak akan cerah semula. Hidup ibarat eye on Malaysia. Kadang-kadang diatas. Banyaknya dibawah cuma tengok orang diatas. Sesuatu perlu dibuat agar ia tidak berulang lagi.


Didapur juga kita sering ditimpa masalah. Maka kaedah penyelesai masalah perlu dicari. Sama seperti resepi-resepi yang saya paparkan disini. Resepi-resepi yang asalnya sukar dibuat, lambat disediakan dan menggunakan kos yang lebih besar di selaraskan agar menjadi lebih mudah, cepat dan jimat. Kadang-kadang kita memang tak sangka sesuatu hidangan itu boleh disediakan dengan kaedah lain yang jauh lebih baik. Contohnya, resepi karipap komersial yang jauh lebih cepat terutama dalam penyediaan intinya. Masa memasak beberapa jam dan penat menunggu dihadapan dapur dapat diselesaikan menjadi setengah jam sahaja.


Donut gebu tradisional juga diperbaiki menjadi lebih gebu didalam dan rangup diluar sedangkan hanya yis sahaja yang menjadi bahan penaiknya. Tanpa bread improver, tanpa baking powder atau bahan pelembut yang lain, resepi ini menjadi sangat menjimatkan sedangkan hasilnya lebih baik lagi. Banyak lagi resepi-resepi saya yang unik dan lain dari resepi-resepi yang berada diinternet dan ditempat lain untuk anda cuba seperti tart keju bluberi, opak-opak ubi kayu, kuih denderam dan lain-lain. Setiap satunya berbeza sama ada dari segi bahannya yang jimat, kaedahnya yang lebih cepat dan tekniknya yang unik untuk hasil yang lebih baik. Saya mencuba dan bereksperimen terlalu banyak kali dan berbelanja sangat besar sebelum menemui kaedah-kaedah ini. Anda pula hanya perlu gunakan ilmu-ilmu ini secara percuma dan jangan lupa untuk bersyukur. Biarkan saya dengan masalah saya untuk mencari cara meningkatkan pendapatan Nuffnang ni.

P/s : Jangan lupa cuba Resepi Chapati yang lembut walaupun sejuk dan Homemade Mi Kuning yang kenyal dan menjimatkan juga.