Banyak tanggapan yang kurang tepat diberikan kepada pelajar-pelajar vokasional dan teknik. Ramai pelajar sekolah teknik yang mendabik dada apabila diterima masuk kerana merasakan dirinya pandai. Ramai juga pelajar vokasional yang sedih dan rasa terpaksa menerima tawaran kemasukkan ke kolej vokasional kerana merasakan dirinya bodoh. Semua ini tidak berasas sama sekali. Sangat ramai pelajar vokasional yang berjaya dalam hidup. Ada juga pelajar teknik yang gagal dialam pekerjaan. Dalam hal ini, anda harus tahu objektif aliran vokasional dan teknik ditubuhkan. Tiada pelajar vokasional yang bodoh jika mereka rajin berusaha. Pelajar teknik tetap tidak akan pandai jika mereka malas.



Ibubapa memainkan peranan yang sangat penting dalam pemilihan pendidikan untuk anak-anak kerana ibubapa lebih memahami anak-anak mereka. Anak-anak pula perlu memandang secara positif pilihan yang diberikan dan perlu mempunyai perancangan yang menjurus kepada apa yang dicita-citakan. Bukan bermakna pelajar harus menurut sahaja kemahuan ibubapa tetapi fikirkanlah. Andakah anda mengetahui arah yang anda tuju?

Seorang pelajar saya menghubungi dan mengucapkan terima kasih kepada saya baru-baru ini. Dia juga seperti orang lain yang menganggap aliran vokasional untuk pelajar yang bodoh. Kini, setelah 7 tahun berlalu, barulah dia sedar dia telah memilih jalan yang betul dan bangga dengan apa yang dipilihnya. Setiap aliran dikhususkan untuk orang-orang tertentu. Memang ada pelajar saya yang memasuki aliran vokasional dengan kepurusan PMR yang sangat cemerlang. Tapi itu tak bermakna ia boleh berjaya dalam aliran vokasional. Apabila anda memasuki aliran vokasional atau teknik, bermakna anda dah pasti apa yang akan anda lakukan dialam pekerjaan nanti dan anda sedang menuju terus kearahnya. Sekolah akademik lebih umum dimana setelah SPM atau STPM anda masih boleh memilih diantara banyak cabang yang ditawarkan. Ada juga ibubapa yang menghantar anaknya belajar dalam aliran vokasional walaupun cemerlang dalam PMR semata-mata kerana mahu anaknya meneruskan usahanya dalam perniagaan katering. Mereka memilih dengan pasti kerana mereka tahu bidang ini berpotensi besar. 



Bidang apapun yang anda pilih, pastikan anda mempunyai perancangan jangka panjang. Aliran vokasional memberikan kemahiran seperti dialam pekerjaan. Tak ada lagi timbul masalah tak tahu buat kerja walaupun keputusan peperiksaan cemerlang. Otak pintar tapi cuma diatas kertas je pun tak guna juga jika pekerjaan sebenar gagal dilaksanakan.