Nampaknya beberapa hari mendatang ni saya akan memaparkan gambar-gambar kek je la. Kesibukkan menyebabkan banyak gambar-gambar kek saya yang tersadai. Kalau boleh memang nak paparkan semuanya disini supaya senang saya rujuk nanti. Saya harap pengunjung blog Resepi Masakan Barat Komersial pun boleh merujuk disini atau mungkin dapat memberi idea dalam menghias kek atau cupcake.



Cupcake ni untuk bayi 1 tahun. Saya harap dia dah boleh makan kek. Walaupun dia belum mengerti apa-apa, abang-abang dan kakak-kakaknya di taska pasti gembira dengan cupcake ini.



Idea menghias seperti ini bukan sahaja untuk cupcake sahaja. Jika anda mahir dalam penghasilan coklat macam Pn Suri Jejari Pantas tu, anda juga boleh menggunakan idea ini. Lekatkan sahaja model-model kecil ini diatas coklat yang berwarna warni. Barulah lari sikit dari kebiasaan.



Kalau belum pandai buat coklat, boleh tanya pada pakar coklat. Kalau dah pakar, tentulah dia boleh jawab semua soalan anda. Bukan setakat dia boleh ajar macam mana nak buat homemade coklat je, cara hias, cara jual sehinggalah kepada cara nak kira untung, semua dia tau. Jangan lupa, cepat kejar pakar coklat.