Masih ramai yang tak tahu nak mohon kursus apa di sekolah teknik atau vokasional mungkin kerana ramai yang tidak sedar minat dan kecenderungan diri sendiri. Oleh kerana saya sentiasa menggalakkan pelajar saya menceburi perniagaan dalam bidang kulinari jadi saya akan memberi sedikit pandangan mengenai kursus teknik atau vokasional yang menjurus kearah ini.

Pertama, Kursus katering.
Kursus katering termasuk dalam aliran vokasional. Untuk pelajar yang berpencapaian baik dan sederhana dalam bidang akademik serta berminat dalam pembelajaran yang bercorak alam pekerjaan. Untuk itu pelajar dikehendaki mengambil semua matapelajaran teras disamping 2 matapelajaran elektif iaitu Penyediaan Masakan Barat dan Timur (PMBT) serta Penyajian Makanan dan Minuman (PMM). Matapelajaran-matapelajaran ini mengambil 10 waktu setiap satunya dalam seminggu. Melalui kursus ini, pelajar akan belajar secara mendalam dalam bidang masakan dan pengurusan makanan meliputi kebanyakan masakan popular di dunia.

Kedua, Kursus Pengurusan Makanan
Tidak seperti kursus Katering, kursus Pengurusan Makanan terletak dalam aliran teknikal untuk pelajar yang cemerlang dalam bidang akademik. Pelajar-pelajar dalam bidang ini akan mempelajari subjek-subjek sains tulen seperti Fizik, Kimia, Matematik Tambahan bersama-sama 2 subjek elektif iaitu Pengurusan Makanan dan Biologi. Disamping itu subjek-subjek teras tetap dikekalkan. Ini menjadikan kursus ini hanya mempunyai kelebihan subjek Pengurusan Makanan berbanding aliran Sains Tulen di sekolah akademik. Subjek ini mengambil 6 waktu dalam seminggu untuk belajar berkaitan pengurusan makanan tanpa mempelajari selok-belok masakan secara mendalam seperti Kursus Katering. Jadi tidak banyak masakan yang akan dipelajari tetapi lebih menjurus kepada teknologi makanan seperti khasiat-khasiat dalam makanan dan sebagainya.

Terpulang kepada anda, kursus mana yang menjadi pilihan. Untuk Kursus Pengurusan Makanan, peluang anda untuk melanjutkan pengajian dalam aliran sains tulen seperti kejuruteraan, sains komputer, elektronik dan sebagainya lebih besar memandangkan hanya 6 waktu seminggu diperuntukkan untuk subjek dibidang pengurusan makanan. Bidang katering pula lebih menjurus kepada bidang masakan dan setelah tamat pengajian, pelajar boleh melanjutkan ke IPT, IPTA, politeknik dan sebagainya dalam bidang kulinari atau perhotelan atau terus ke alam pekerjaan kerana pelajar telah memperolehi kemahiran yang diperlukan.

Kepada yang berminat mengambil kursus-kursus ini, masih ada masa lagi untuk mengubahsuai permohonan sebelum 26 November 2010. Kalau tidak berjaya, jangan berputus asa. Anda boleh membuat rayuan secara online atau datang sendiri ke sekolah yang dipohon mulai 1 Disember 2010. Saya akan cuba membuat satu entri untuk semakan permohonan ke sekolah teknik dan vokasional 2011 serta cara rayuan permohonan sekiranya gagal terpilih.

Klik disini untuk download Panduan Permohonan ke Sekolah Teknik dan Vokasional 2011

Kepada yang ingin memohon kursus-kursus lain dan ingin tahu kelayakkan PMR yang diperlukan boleh klik disini untuk download buku maklumat lengkap Permohonan ke Sekolah Teknik dan Vokasional 2010.

Ingin tahu bagaimana cara memohon online, baca entri saya tentang Kemasukkan ke Sekolah Menengah Teknik dan Vokasional 2011