
Mulai 4 Oktober 2010, Kementerian Pelajaran Malaysia telah mengumumkan permohonan ke sekolah menengah teknik/vokasional untuk kemasukkan 2011 telahpun dibuka. Kepada sesiapa yang berminat atau mempunyai anak-anak yang berminat ke sekolah teknik atau vokasional bolehlah memohon sekarang. Permohonan boleh dibuat secara online atau datang sendiri ke sekolah yang ingin dipohon. Pihak sekolah mempunyai hak untuk memilih pelajar-pelajar mereka sendiri. Oleh itu sila teliti syarat-syarat kemasukan, kursus yang ditawarkan dan cara memohon dengan betul.
Syarat-syarat umum kemasukkan
- Pemohon mestilah warganegara Malaysia
- Pemohon hendaklah berada di Tingkatan 3 dan telah menduduki Penilaian Menengah Rendah (PMR) Tahun 2010
- Dilahirkan dalam tahun 1995 atau selepasnya.
- Sihat tubuh badan dan sesuai dari segi fizikal. Bebas dari penyakit lemah jantung, darah tinggi, kencing manis, alahan (allergy), pekak, sawan (epilepsy) yang serius dan sebagainya. (Penyakit-penyakit ini akan membahayakan terutama semasa menjalankan kerja amali).
- Tidak rabun warna bagi semua program Teknikal, Vokasional dan Kemahiran yang berkaitan Elektrik dan Elektronik
Berikut adalah kod dan kursus-kursus yang ditawarkan
Aliran Teknikal
- 1101 KEJURUTERAAN MEKANIKAL
- 1201 KEJURUTERAAN ELEKTRIK
- 1301 KEJURUTERAN AWAM
- 1401 PERDAGANGAN
- 1602 AGROTEKNOLOGI
Aliran Vokasional
- 2101 AUTOMOTIF
- 2102 PENYEJUKAN DAN PENYAMANAN UDARA
- 2103 AMALAN BENGKEL MESIN
- 2104 KIMPALAN
- 2201 ELEKTRIK DAN ELEKTRONIK
- 2301 BINAAN BANGUNAN
- 2401 PENGURUSAN TEKNOLOGI PEJABAT
- 2402 PENGURUSAN PERNIAGAAN
- 2501 FESYEN
- 2502 KATERING
- 2503 SENI KECANTIKAN
- 2504 PERKEMBANGAN DAN PERKHIDMATAN KANAK-KANAK
- 2505 BAKERI
- 2506 PELANCONGAN
- 2601 HORTIKULTUR HIASAN DAN LANSKAP
- 2604 TEKNOLOGI TANAMAN
- 2605 AGROINDUSTRI TANAMAN
- 2606 AGROINDUSTRI TERNAKAN
- 2701 PENGATURCARAAN KOMPUTER
Latihan Kemahiran
- 3101 PEMESINAN AM
- 3102 JURUKIMPAL
- 3103 PELUKIS PELAN KEJURUTERAAN MEKANIKAL
- 3104 MEKANIK KENDERAAN MOTOR
- 3105 MEKANIK PENYEJUKAN & PENYAMANAN UDARA
- 3201 FURNITURE MAKER
- 3202 JURUBINA BANGUNAN
- 3203 JURUBINA BANGUNAN BERASASKAN KAYU
- 3204 JURUPAIP
- 3205 PELUKIS PELAN SENIBINA
- 3206 WOOD PROCESSING AND FINISHING TECHNOLOGY (FURNITURE)*
- 3301 JURUTEKNIK ELEKTRIK
- 3302 JURUTEKNIK ELEKTRONIK INDUSTRI - PERALATAN
- 3304 JURUTEKNIK ELEKTRONIK AUDIO VISUAL
- 3501 DEMI CHEF
- 3502 PEMBUAT DAN MEREKA PAKAIAN WANITA
- 3503 PENDANDAN RAMBUT
- 3504 JURUKECANTIKAN
- 3601 JURUTEKNIK AKUAKULTUR
- 3602 JURUTEKNIK LADANG PERTANIAN
- 3603 PEMPROSESAN MAKANAN
- 3801 PROGRAM INDUSTRI EKUIN ATAU EQUINE

Sebelum memohon, download dulu borang permohonan untuk memudahkan anda membuat permohonan secara online atau datang sendiri ke sekolah yang dipohon.Klik disini untuk download
Kemudian fikirkan dengan teliti bidang apa yang paling sesuai dengan anda. Kalau tak pasti bidang apa nak ambil, boleh baca pendapat saya untuk bidang apa yang harus dipilih. Jangan sampai tersalah pilih.
Untuk memohon secara online, klik disini untuk ke portal permohonan rasmi. Tarikh tutup 1 November 2010.
Gambar-gambar diatas adalah gambar beberapa aktiviti dari Sekolah Menengah Teknik (ERT) Azizah Johor Bahru.