Hujung minggu lepas, ayah mertua saya datang berkunjung kerumah saya untuk menghantar cucunya bersekolah disini. Maka ternampak la oven yang baru saya beli minggu lepas. Jadi untuk tidak menghampakan dia, saya bakarkan segulung swiss roll untuk dia rasai kehebatan oven baru saya ni. Swiss Roll adalah sejenis kek yang sangat dibanggakan oleh masyarakat barat. Walaupun pada kek ini bukan berasal dari Swiss, tapi keenakkannya telah terkenal diseluruh dunia. Kek ini sangat senang dibuat dan mengambil masa kira-kira 10 minit sahaja untuk disediakan. Kek ini banyak dijual di kedai-kedai dengan harga sekitar RM5. Oleh kerana kek ini mudah disediakan, cepat dan murah, jadi setiap surirumah yang mithali mesti tau cara-cara untuk membuatnya. Kebanyakan kek yang dijual dikedai-kedai kek menggunakan asas daripada kek ini cuma bezanya kek ini digulung dan kek lain dilapiskan beberapa tingkat. Apa yang penting, cuba pelajari asas membuat kek span dan setelah itu terpulang kepada anda untuk dipelbagaikan. Setelah disolek, kek span dijual melebihi RM40 untuk 1 kg. Sungguh merugikan jika anda membelinya. Itu sebabnya saya tak jual swiss roll atau kek yang berasaskan kek span. Tak sampai hati nak terima wang dari pembeli untuk kek ini.

Saya juga sempat merakamkan gambar kek yang saya buat untuk dihantar pada hari jumaat. Tak ada la banyak sangat. Dengan perancangan rapi, kek-kek ini boleh dibuat secara teratur. Tambahan pula, dengan bantuan oven baru, kek siap dengan lebih cepat. Kalau oven lama saya tau, mesti dia kecik ati. Semuanya ada 5 biji. 2 blueberry cheese cake, 1 kek kukus buah-buahan, 1 kek coklat moist dan 1 kek lapis pandan.

Saya belum pernah cerita mengenai kek lapis pandan yang saya buat. Nanti la dalam entri yang lain pula. Buat masa ni tengok je la gambar kek lapis pandan ni dulu. Jangan lupa sediakan tisu untuk lap air liur tu. Kalau la saya dapat letak bau kek yang wangi ni dalam blog ni....