Assalamualaikum dan selamat kembali kepada pembaca semua yang baru pulang dari berhari raya di kampung. Sekali lagi saya nak ucapkan Selamat Hari Raya dan Maaf Zahir Batin. Moga anda terus mengikuti perkembangan Blog Resepi Masakan Barat Komersial ini. Sekarang ni nak berehat sikit. Beri peluang saya tarik nafas sebelum entri-entri resepi best yang lain menyusul.

3 Syawal saya dah kembali ke bandar untuk menyiapkan tempahan kek pengantin. Memang tak boleh nak tolak. Maaflah kepada saudara-mara yang tak dapat saya kunjungi. 3 hari untuk 2 kampung memang tak cukup. Kerja diutamakan, beraya diketepikan. Ayat nak sedapkan hati.


Bertungkus-lumus jugak menyiapkan kek pengantin. Kalau kek hari jadi atau sambutan lain, mungkin tak serumit ini. Kek pengantin kena formal sikit. Tapi tak de la keterlaluan sangat. Tak mahu la berlebih-lebihan sangat. Lagipun saya pun kesuntukan masa memandangkan banyak kedai masih belum dibuka lagi. Masa banyak dihabiskan untuk berpusing-pusing mencari barang.


Syukur, respon yang saya terima sangat baik. Pada mulanya risau juga jika krim kejunya mencair. Kalau buttercream memang tahan lama tapi kek red velvet guna buttercream tak sedap pulak. Entah macam mana la perjalanan ke Taib Andak. Mungkin jalan ke sana memang cantik kot. Tak nampak pulak hiasannya tercicir terutama bunga-bunga kecik yang banyak tu.


Gambar-gambar dalam entri ini adalah kek red velvet dua tingkat yang saya ceritakan. Kek coklat moist berbentuk baju melayu pula kek hantaran dari orang yang sama. Gambar kek yang siap dihiaskan di meja mengantin, nantilah saya postkan. Itupun kalau saya dapat gambarnya. Kepada pasangan ini, moga berbahagia hingga ke akhir hayat. Maaf kerana tak dapat menghadiri.