Satu lagi kek coklat moist berbentuk love tetapi hiasannya sangat simple. Memang saya diminta membuat kek yang simple untuk sambutan harijadi anak dan sekaligus menyambut hari bapa. Kiranya kek untuk 2 orang dalam satu biji. Ini barulah jimat. Saya pun malas la nak letak nama mereka atas kek. Nanti jadi karangan la pulak atas kek tu bila terlalu banyak sangat nak tulis. Nama je dah ada 2 orang. Nak tulis hari jadi lagi, nak tulis hari bapa lagi. Akhirnya saya memutuskan untuk biarkan keknya kosong sahaja sesuai dengan permintaan orang yang menempahnya.

Bila seorang kanak-kanak berkongsi sebiji kek dengan seorang dewasa, agak sulit juga untuk saya memikirkan temanya. Mujurlah individu yang menempahnya hanya inginkan kek dengan hiasan yang simple. Jadi tak perlu la saya mencari tema yang benar-benar berat dan ketara. Saya memilih bentuk love pada kek dan rumput untuk menggambarkan kasih sayang yang erat dalam keluarga mereka. Saya juga dapat tahu kedua-duanya menggemari bola. Tak sangka pula bola dari coklat itu pula yang menjadi perhatian anak-anak mereka berbanding kek itu sendiri. Kalau saya tahu, saya akan lambakkan sebanyak-banyaknya bola atas kek tu. Mujurlah bilangan bola ada 6 biji cukup-cukup sahaja untuk adik-beradik mereka seorang satu.

Saya memang suka mendengar cerita para pelanggan saya mengenai kek yang mereka tempah. Seboleh-bolehnya saya ingin tahu reaksi mereka sekeluarga. Setiap cerita yang saya dengar akan saya kaji untuk saya perbaiki dalam tempahan kek yang akan datang. Antara yang ingin saya tahu adalah, reaksi wajah mereka pertama kali melihat kek untuk mereka dan apa yang paling menarik minat mereka yang terdapat pada kek tersebut. Seronok apabila mendengar anak-anak mereka berbahagi sama rata bola coklat yang ada. Senang hati saya bila mereka mesra memilih warna bola apa yang mereka mahukan. Bagi orang yang suka belajar dari pengalaman sendiri, hal ini sangat penting. Boleh saja saya baca artikel atau buku mengenai kek yang digemari kanak-kanak tetapi tak sama dengan pengalaman sendiri. Bukankah seronok jika kita dapati ladybug yang saya gentel menggunakan fondant juga mereka kunyah. Itu sebabnya fondantpun saya adun sendiri supaya dapat memastikan bahan-bahan yang digunakan adalah halal.