Bagi yang dah biasa dapat tempahan kek, anda tentu tahu, permintaan pelanggan ni memang macam-macam.  Memang pasti semuanya nak yang cantik-cantik. Macam tu juga dengan bentuk kek yang mereka mahu. Kalau yang tak kisah tu boleh la kita buatkan bentuk bulat atau empat segi. Kalau yang mementingkan imej tu, mungkin nak bentuk love, segitiga atau diamond. Bagi yg mementingkan imej, mula la nak bentuk 3d yang sukar dijelaskan. Mungkin bentuk teddy bear, pokok, baju, barbie, nombor, huruf dan sebagainya.

Kesimpulannya, dari sudut pelanggan memang tak de masalah. Cuma sediakan duit dan order je. Kalau penjual sanggup, dapat la keknya. Kalau tak sanggup, cari je penjual lain. Habis cerita. Jadi saya cuba bercerita dari pandangan usahawan kek. Kenapa ada bentuk yang mereka sanggup buat dan kenapa ada bentuk yang mereka tak sanggup buat.

Saya bahagikan bentuk-bentuk kek ini kepada 2 iaitu kek yang mempunyai acuan dan kek yang tak mempunyai acuan. Sekarang ni kedai bahan kek memang menjual berbagai-bagai acuan kek dengan berbagai-bagai bentuk. Acuan berbentuk huruf, nombor, dan teddy bear memang ada dikebanyakkan kedai tetapi sebagai usahawan kecil dan sederhana, sanggup ke nak beli segala jenis acuan tu. Setiap satu acuan nombor berharga berpuluh-puluh ringgit. Didarabkan dengan 10 nombor acuan, dah jadi berapa ringgit? Bagaimana pula dengan saiznya? Perlu juga sediakan acuan dengan pelbagai saiz. Akhirnya terpaksa la beli sedikit demi sedikit bergantung kepada bentuk kek yang ditempah. Sayangnya setiap bentuk acuan yang dibeli bukannya digunakan selalu. Nak dapat tempahan setahun sekali pun susah. Akhirnya acuan berkarat macam tu je dalam almari.

Bentuk kek yang tak mempunyai acuan pula lebih menjimatkan kos tetapi ia memerlukan bakat semulajadi dan kemahiran. Kalau bentuk-bentuk yang mudah tu boleh la digayakan seperti kotak, buku, topi, piramid atau peti ais. Tapi kalau bentuk bunga, rumah, pokok atau watak-watak kartun, boleh hancur kek tu dibuatnya. Bagaimanapun bentuk-bentuk kek itu bukan mustahil. Bagi orang yang berjari kejung macam saya ni, biarlah saya buat kek yang mempunyai acuan sahaja. Ada acuannya, menjadi lah kek nya. Ataupun saya tertap dengan kek-kek simple berbentuk empat segi atau bulat. Mudah sikit mencari alas dan kotaknya. Apa-apa bentuk yang diminta, saya lukiskan je atas  kek tu.

Gambar-gambar kat atas tu gambar kek bentuk love yang ditempah baru-baru ini. Saya menggunakan resepi kek coklat moist dari ebook percuma Panduan dan Resepi Masakan Barat Komersial 3. Memang kek coklat mendapat permintaan yang tinggi. Rugilah kalau tak kejar ilmu ini kerana ia memang benar-benar menguntungkan. Saya membuat hiasa yang simple sahaja untuk kek coklat moist kali ini mengikut permintaan. Bukan semua orang suka hiasan kek yang keterlaluan macam Kek Harijadi Ben 10 tu. Hiasan simple, harganya lebih rendah. Lebih banyak yang boleh dijual.