Macam dah tak sabar menunggu kedatangan bulan Ramadhan. Lebih tak sabar menunggu Syawal. Bukan kerana saya macam budak-budak nak kutip duit raya tapi kerana pada bulan itu saya dapat buat kuih raya dan kek sepuas-puasnya. Biasanya pada bulan lain, saya tak berpeluang sangat mengkaji resepi-resepi baru. Sebenarnya saya risau kerana tiada sesiapa yang akan menghabiskan kuih dan kek yang saya buat. Jadi saya hanya dapat membuat kek yang ditempah sahaja. Balik-balik buat kek tu je.

Bagaimana dengan anda pula. Adakah anda akan membuat sendiri kek Hari Raya atau beli je yang dah siap. Tunjuk je bagi guit dah boleh makan. Tak perlu berpeluh-peluh kepanasan didapur, tak perlu berfikir mcm mana nak buat kek. Betul ke cara buat kek ni dan macam-macam yang bersarang dikepala.
Untuk menyenangkan anda, saya sediakan pilihan jawapan.
  1. Aku banyak duit, aku beli je la apa aku nak.
  2. Aku tak de duit, terpaksa la buat sendiri.
  3. Aku pemalas, tak de duit pun terpaksa beli.
  4. Aku memang suka masak, segala-galanya nak buat sendiri
  5. Aku ni dah la pemalas, pokai lak tu. Aku mintak je kuih kat sesiapa.
  6. Kalau aku pandai buat, aku buat sendiri la. Kalau tak pandai aku beli je.

Macam-macam la alasan korang. Kalau disenaraikan, berpuluh muka surat pun tak cukup. Jadi saya hadiahkan resepi kek span yang paling asas yang digunakan di semua kedai-kedai kek seluruh dunia. Apa yang membezakannya cuma, perasa dan hiasannya sahaja. Itu sebabnya saya tak pernah beli kek kat kedai lagi. Kedai kek ni pun satu, mcm dah tak de kek lain lagi nak jual. Sesiapa yang dah baca resepi ni kalau beli jugak kek yang berasaskan kek span kat kedai, saya tak nak kawan!

Bahan-bahan
500g Tepung Optima
500g Telur
125g air
125g minyak kelapa/jagung

Cara-caranya
Masukkan semua bahan kecuali minyak dan pukul sehingga gebu segebu-gebunya. Setelah gebu, masukkan minyak sedikit demi sedikit dan kacau menggunakan spatula dengan kaedah melipat-lipat sahaja. Masuk dalam acuan yang dialas dengan kertas minyak dan bakar pada suhu 180C sehingga atasnya bewarna coklat.


Tip penting
Tepung optima adalah tepung campuran kek span juga dikenali dengan nama vanila spongemix,
Anda boleh menggunakan perasa dan pewarna yang selamat untuk memvariasikan kek anda. Gunakan 2 sudu besar
serbuk koko untuk membuat kek coklat atau gunakan je tepung optima coklat.
Sebaiknya bakar kek setebal 1 inci sahaja dan lapiskan menggunakan krim setelah membuang kulit atas yang bewarna coklat (kek kat kedai semuanya berlapis-lapis.)
Jangan sesekali lenser acuan dengan mentega atau majerin. Cukup dengan menggunakan kertas minyak yang menutupi tepi dan dasar acuan sahaja.

Kek ni kalau dah solek, memang nampak sedap je. Tak de sesapa peduli kat dalam tu masih kek span. Itu sebabnya kek ini masih dijual dengan harga mahal kat kedai!