Sambil-sambil membelek gambar kek hari jadi ladybug ni, fikir-fikirkanlah apa yang akan saya bebelkan ini. Agak lama jugak tak membebel. Bukan tak ada idea, bukan tak ada bahan tapi tak ada mood. Saya sebenarnya tengah frust sebab diarah membuat sesuatu supaya orang lain dapat jual apa yang saya buat tu. Dalam erti kata lain, saya buat amal, orang lain buat untung. Sangat tak adil bagi saya. Serupa dengan seseorang yang meminta derma dalam bentuk barang. Kemudian barang itu dijual dan mendapat keuntungan untuk diri sendiri. Bezanya orang yang menderma tu tak tahu kemana dermanya akan digunakan. Sedangkan saya pula dah tahu tapi tak boleh mengelak. Akhirnya semangat saya hilang terus dan proses menghasilkannya sangat perlahan.

Saya tertarik betul dengan Ultrabook Acer P3 yang baru ni. Boleh ditanggalkan menjadi tablet PC. barulah senang nak bawak jalan. (Klik #MyAcerTouch)

Apabila berniaga, kira perlu sentiasa memikirkan perasaan orang lain. Harus ada win-win situation. Pelanggan harus mendapat apa yang dikehendakinya setimpal dengan apa yang dibayar. Penjual juga perlu mendapat keuntungan hasil dari apa yang dimodalkan. Saya sebagai pengeluar juga perlu mendapat keuntungan dari segi royalti atau komisyen dari setiap barangan yang dijual. Jika saya tahu saya tak akan mendapat apa-apa, buat apa saya bersusah-payah membuat benda ni?

Saya pun tak pasti apa perasaan mastermind projek ni. Entah apa la yang dia fikirkan. Mungkin saya hanya dianggap sebagai kuli batak sahaja dan tak perlu mendapat apa-apa dari apa yang saya usahakan. Kalau segala-galanya saya yang perlu lakukan sedangkan dia cuma mahukan duitnya sahaja, lebih baik baik saya buat bisnes saya sendiri. Saya yang berpeluh, saya sendiri mendapat hasilnya. Jika nak suruh saya beramal, jangan ada sesiapa yang mendapat keuntungan dari apa yang saya buat. Saya tak kisah jika benda ini diberikan percuma terutama kepada pelajar-pelajar saya. Senang cerita macam ni la, kalau nak suruh saya buat sesuatu, tolong beritahu apa kebaikkan yang saya dapat. Kalau saya tak dapat apa-apa, engkaupun sepatutnya tak boleh dapat apa-apa! Sama-sama kita buat amal. Baru saya rasa ikhlas.

Gambar-gambar dalam artikel ini adalah gambar kek coklat moist hari jadi bentuk ladybug atau ladybird. Hiasan dari buttercream sahaja. Bintik-bintik tu dari coklat sahaja. Kepala ladybug dibuat sama dengan kaedah pembuatan pop cake. Menggunakan 1 adunan kek dari resepi ebook Resepi Masakan Barat Komersial 3 percuma (rujuk page Promosi) jadi beratnya lebih kurang 2kg. Acuan yang digunakan adalah mangkuk stainless steel biasa. Lebihan kek yang dipotong untuk meratakan permukaannya digunakan untuk membuat pop cake bahagian kepala. Bahagian dalamnya dilapisi homemade chocolate ganache dalam ebook yang sama. Moga dapat memberi inspirasi kepada semua yang pernah mencuba resepi kek coklat moist saya.

p/s : Sampai hati diaorg buat saya macam ni. Kenapa la ada manusia yang macam ni ye? Tolong janjikan sesuatu yang baik kepada saya, barulah bersemangat nak buat kerja.