Rasa syok pulak keluarkan gambar kek yang saya buat dalam blog ini. Lepas ni kalau ada lagi kek-kek berhias yang saya buat, saya akan paparkan disini. Tujuan utamanya sebagai rujukan saya untuk menghias kek-kek yang akan datang.

Saya juga berharap agar gambar-gambar hiasan kek disini dapat memberikan sedikit idea untuk anda menghias kek. Ok tak hiasan tepi yang saya buat dengan tangan yang tergigil-gigil? Bila la tangan ni nak mahir agaknya.

Kek ini menggunakan buttercream dengan sedikit fondant sebagai tambahan. buttercream atau fondant, kedua-duanya mempunyai kelebihan dan kekurangan. Saya tak mau la cerita panjang lebar hari ini. Kereta tu model plastik ye. Belum pandai nak guna fondant.

Ada baiknya kita belek gambar-gambar kek ini sambil memikirkan apa kekurangan dan kesilapan yang boleh diperbaiki lain kali. Ingat, setiap hari kita mesti berubah kepada yang lebih baik walaupun sedikit.