Dah beberapa kali artikel Blog Resepi Masakan Barat Komersial tak mengandungi resepi. Harap anda tak tak kisah. Ada kesempatan, pasti saya akan penuhkan blog ni dengan resepi. Sementara itu, cubalah resepi-resepi saya yang saya paparkan sebelum ini. Mesti banyak lagi resepi-resepi saya yang belum anda cuba kan?. Sekarang ni saya berasa di Port Dickson atas urusan kerja selama seminggu. Penjualan ebook Resepi Masakan Barat Komersial masih diteruskan seperti biasa. Jangan risau, ada Admin yang akan membantu anda jika ada sebarang masalah. Dizaman IT yang serba canggih ni, tak susah untuk kita berurusan. Banyak saluran yang boleh digunakan seperti
Facebook dan Twitter. Boleh follow saya untuk perkembangan blog ini.

[VIDEO] Hujan Air Batu di Semenyih

Ya, memang saya tak membuka tempahan kek atau makanan secara terbuka melalui online atau offline. Habis tu, dari mana datangnya semua gambar-gambar kek dan lain-lain ni? Membuat kek dan memasak adalah hobi saya. Gambar-gambar kek yang terdapat dalam blog ini adalah tempahan dari  rakan-rakan terdekat. Tadi kata tak buka tempahan… Ada kalanya saya menerima tempahan kek dan makanan tertentu atas sebab-sebab tertentu. Bukan saya sengaja tak mahu mengambil tempahan. Saya hanya menerima tempahan apabila saya rasa saya mampu. Tiada sebarang masalah atau kesulitan yang perlu saya fikirkan. Kadang-kadang tempahan datangnya dari orang jauh, perlu dihantar tempat yang jauh yang tak pernah saya pergi atau mungkin kek terlalu besar sehingga saya tiada tempat untuk menyimpannya. Mungkin juga design yang diminta diluar kemampuan saya atau sesuatu yang bercanggah dengan prinsip saya. Jadi tempahan begini saya tak akan terima.



Tak nak duit ke? Duit bukan segala-galanya bagi saya. Menerima tempahan boleh mendatangkan keuntungan tetapi ia juga banyak menggunakan masa saya. Memikirkan mengenai tempahan yang perlu dibuat juga menyulitkan saya sedangkan saya perlu mengutamakan pelajar-pelajar saya. Bagaimanapun jika saya rasakan sesuatu tempahan itu boleh menyumbang kepada pembelajaran saya, atau boleh meningkatkan ilmu pengetahuan saya atau memberi satu cabaran baru kepada saya, sudah tentu saya terima.


Contohnya Kek Coklat Moist Ladybird ini saya pernah buat suatu ketika dahulu. Boleh lihat gambarnya dalam artikel
Kek Hari Jadi Ladybird (Klik disini). Bagaimanapun ada sesuatu yang membuatkan saya sangat tak berpuas hati. Jadi inilah hasilnya apabila berpeluang membuatnya sekali lagi dalam tempahan seterusnya. Walaupun masih banyak yang perlu diperbaiki malah lebih banyak yang membuatkan saya tak berpuas hati tetapi banyak juga ilmu yang dapat saya pelajari. Jika suatu hari nanti ada seseorang yang ingin menempah kek sebegini, kemungkinan besar saya terima.

p/s Minta maaf banyak-banyak kepada yang ingin menempah kek. Bukan saya sombong. Saya tahu kemampuan saya. Tak sampai hati tengok anda kecewa.