Bahang piala dunia hampir sampai ke kemuncaknya.Namun artikel saya bukanlah nak bercerita mengenai pasukan Germany yang bakal bergelar juara 2014. Macam confident je. Macam biasa, artikel dalam blog Resepi  Masakan Barat Komersial akan berkisar mengenai dunia kulinari dari lingkungan saya. Gambar kek coklat moist dalam entri ini adalah kek bertemakan bola yang saya buat beberapa hari lalu. Sewaktu mula-mula rancang, rasa macam kacang je hiasan kek begini. Bila sampai bahagian membentuk bola, baru saya sedar, saya tak de satu bendapun yang boleh digunakan untuk membentuk segi enam. Puas pusing-pusing satu rumah nak cari sesuatu yang boleh dijadikan panduan. Akhirnya terpaksa juga menggunakan pisau je. Maka jadi la bentuk bola yang tak sama langsung segi enamnya.



Manusia ni, kalau dah taksub dengan sesuatu benda, macam-macam ragamnya. Kalau taksub dengan k-pop, fesyen pun boleh berubah kepada korea. Lagu korea pun boleh hafal. Kalau taksub dengan bola pun sama juga. Lebih-lebih lagi kalau musimnya 4 tahun sekali macam piala dunia. Jom tengok dulu video simptom-simptom demam piala dunia. Mungkin anda pun sama.(Klik) Menghias kek pun sama dengan dunia fesyen juga. Bukan sahaja perlu terkini, malah perlu juga mengikuti perkembangan semasa. Seperti sekarang ni,musim demam piala dunia. Jadi ada la permintaan untuk kek-kek bertemakan bola. Hajat dihati, ingin juga membuat yang extreme sikit tapi masa tak mencukupi. Lagipun saya tak suka membuat hiasan kek yang mengandungi patung-patung terutamanya manusia. Kalaulah diberi masa 2 atau 3 hari, tentu saya ada cukup masa untuk merancang hiasan kek yang lebih baik.



Oleh kerana ia bermusim, saya tak akan membeli peralatan khusus untuk satu-satu hiasan. Tak berbaloi nak beli cetak atau acuan kalau hanya dapat digunakan untuk menjual beberapa biji kek sahaja. Nak menyimpan peralatan pun jadi satu masalah. Kalau macam cetak 6 segi tu, mungkin saya akan beli kerana boleh digunakan untuk bermacam-macam tujuan. Lagi kurang belanja yang saya keluarkan untuk peralatan, lebih murahlah kek yang boleh saya jual. Lain la kalau saya memang berniaga kek sepenuh masa. Bukan musim piala dunia pun, permintaan untuk kek bola tetap ada!