Cuti-cuti hujung minggu macam ni memang sesuai sangat belek-belek gambar kek coklat moist yang saya buat. Tak perlu la saya tulis banyak sangat. Boleh la saya rehat lama sikit. Jom tengok kek coklat dengan gambar teddy bear ni.


Kek coklat moist kali ini saya hias menggunakan freehand. Tapi masih memerlukan guide supaya lukisan tak tersasar. Saya menggunakan piping jelly yang diwarnakan hitam sebagai guide. Sebelum tu saya perlu menyediakan gambar yang ingin saya lukis mengikut saiz sebenar untuk dilukis diatas kek. Kek yang telah diratakan ising perlu disejukkan supaya ising menjadi keras dan tidak mudah berubah bentuk.


Letakkan kertas minyak atau plastik keras diatas gambar teddy bear dan kemudian lukis outline menggunakan piping jelly hitam tadi. Setelah siap, terbalikkan gambar outline diatas kek. Pastikan outline tadi meninggalkan warna pada kek. Alihkan outline dan lukis semula gambar teddy bear diatas kek berdasarkan outline yang ditinggalkan tadi. Akhir sekali, warnakan mengikut warna yang dikehendaki.

p/s: Sorry lah. Penerangan ringkas je kali ni. Nak rehat lebih sikit. Kalau ada soalan, boleh guna commentbox dibawah