Ini kali pertama saya buat kek bersaiz 8 x 16 inci. Selepas dihias buttercream, saiznya bertambah 1 inci lagi. Dari dulu memang teringin sangat nak buat kek yang besar dari biasa tapi peralatan dirumah saya memang tak mencukupi. Lain la kalau membuat kek sepenuh masa, nak tak nak terpaksa juga menyediakan peralatan yang sesuai. Kek ini saya yang tentukan temanya. Pelanggan hanya inginkan kek berwarna biru jadi saya pilihlah tema ikan dan lautan. Oleh kerana kek ini untuk beberapa orang pelajar, lelaki dan perempuan, jadi saya letakkan tema yang umum sahaja.


Baru-baru ni saya terserempak dengan rakan lama sewaktu servis kereta hadiah yang saya dapat di hari bertuah saya tahun lalu. Dia masih lagi menjual aneka mi walaupun sudahpun berubah tempat. Saya katakan padanya, bukalah blog saya. Dalam tu ada Panduan dan Resepi Membuat Mi Kuning dirumah. Boleh la gunakan untuk mi goreng dan mi bandung muar atau mi kari yang dia jual. Tak sangka pulak dia hanya menjuihkan bibir sahaja. Kalau tak mau, diam je la. Jangan buat muka macam tu.


Rupa-rupanya dia cuma menjual benda yang mudah-mudah je. Jenis campur-campur, masak sekejap terus boleh makan. Mi bandung pun pakai perencah segera. Rasanya, keuntungan banyak datang dari jualan air. Tak mengapalah. Mungkin dia tak ada masa. Atau mungkin dia tak boleh penat. Saya rasa, jika nak buat kerja begini, lebih baik jadi pembekal atau pengedar. Tak perlu buat apa-apa. Masuk barang, keluar barang. Tak perlu lakukan apa-apa dengan barang tu. Tak payah buka bungkusan pun.


Jika anda benar-benar memahami kepentingan tambah nilai produk dan cara-cara meningkatkan tambah nilai produk, mesti anda seboleh-bolehnya ingin buat sendiri produk anda dari asasnya. Seperti coral-coral yang terdapat dalam kek bertema ikan dan lautan saya ini, walaupun ramai orang lain yang boleh membuat bentuk sebegitu tetapi rasanya tetap tak sama kerana adunan fondantnya saya adun sendiri. Buttercream pun saya hasilkan sendiri. Kek, dah memang saya buat sendiri la. Bukan sahaja keuntungan menjadi lebih tinggi malah akan muncul keunikan tersendiri dalam setiap produk anda. Bezanya, saya tak gunakan pengurangan kos ini untuk mendapatkan lebih banyak duit, tetapi saya gunakan untuk mengurangkan harga kek-kek saya. Ia lebih menenangkan hati saya.

P/s :Tak selera tengok dolphin tu. Hitam semacam je..